puding pandan thai

Untuk mencuba pengalaman makan petang yang unik, mari cuba buat Puding Pandan Thai atau lebih dikenali sebagai Kanom Piak Poon ini. Tak sah kalau waktu petang tak menikmati manisan sebagai pembuka selera.

Puding ini memang lembut, lazat, dan kaya dengan rasa. Bagaimana cara membuatnya? Ia sungguh mudah, hanya perlu mencampurkan bahan-bahan dengan rata dan menikmatinya bersama kuah santan, kelapa parut, dan bijan.

Baca juga: Pad Kra Pao (Spicy Thai Basil Chicken), Tak Susah Pun Nak Buat!

Oleh itu, mari mencuba Puding Pandan Thai yang dikongsi oleh Kelas Meroti 1 Malaysia melalui laman Facebook ini. Menurut mereka, resipi hidangan tradisi Thai ini sangat ringkas dan mudah untuk disediakan.

RESIPI PUDING PANDAN THAI (KANOM PIAK POON)

puding pandan thai

Bahan-bahan puding:

  • 2 sudu kapur masakan – campur dengan 1 gelas besar air, ketepikan. Ambil 1 1/2 cawan air kapur yang jernih sahaja.
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/3 cawan tepung pulut
  • 1/3 cawan tepung ubi kayu
  • 1/3 cawan gula perang
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Secubit garam
  • 1 sudu pes pandan

Cara buat puding:

1. Tapiskan tepung dan gabungkan semua bahan di atas, lalu kacau hingga rata tanpa kekentalan. Kurangkan haba ke paras terendah, teruskan mengacau sehingga puding menjadi bening. Bahagian ini memerlukan sedikit kesabaran kerana perlu dikacau seperti dodol. Ia tidak boleh ditinggalkan walaupun seketika. Proses ini dapat diselesaikan dalam masa setengah jam. Penting untuk memastikan bahawa puding benar-benar jernih sebelum dianggap masak.

2. Setelah masak, ketepikan puding untuk sejukkan. Apabila sudah sejuk, boleh menggunakan piping ke atas talam atau senduk dan tuangkan puding ke dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk.

Bahan-bahan kuah santan:

Cara membuat kuah santan: Panaskan santan, kemudian masukkan air tepung jagung, gula dan garam. Bila dah likat, tutup api dan sejukkan dalam peti sejuk.

Bahan-bahan hiasan: 

  • Kelapa parut – gaul dengan sedikit garam bagi rasa lemak
  • Biji bijan

Cara Menghidang: Bila nak hidang, tuang kuah santan, letak satu sudu kelapa parut tadi dan tabur biji bijan.

Nota:

  • Jika nak puding nampak cantik, disyorkan untuk mengurangkan sedikit jumlah air dalam aduna. Setelah dimasak hingga suam, anda boleh menggunakan paip icing untuk menyusun corak atas talam. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa puding mungkin akan menjadi sedikit keras dan tidak mudah cair di dalam mulut.
  • Bagi yang lebih cenderung kepada kelembutan puding, adalah disarankan untuk meletakkannya terus dalam acuan tanpa menggunakan teknik paip icing. Ini akan memberikan penampilan yang lebih menarik tanpa mengorbankan kelembutan puding.

Selamat mencuba.

Sumber: Kelas Meroti 1 Malaysia

Baca juga: Thai Beef Noodle Soup, Makanan ‘Comfort’ Bila Hujan-Hujan Ni

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN