kuetiau goreng sedap

Hujung minggu mestilah nak buat hidangan istimewa untuk keluarga tersayang di rumah. Jadi, eloklah anda buat Kuetiau Goreng sedap, pasti mereka makan sampai bertambah pinggan.

Selain berkongsikan resipi Kuetiau Goreng di Facebook, Arieza Rieza turut kongsikan tips supaya kuetiau tak melekat semasa digoreng dan hasilnya terlerai elok. Jom kita cuba!

Baca juga: Kuetiau Keras Kejung Daripada Peti Sejuk, Guna Cara Ini Confirm Licin & Tak Melekat Bila Goreng!

RESIPI KUETIAU GORENG SEDAP

kuetiau goreng sedap

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kuetiau
  • Bawang putih (ditumbuk kasar)
  • Cili kisar
  • Sos tomato
  • Kicap mee
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Kerang (siap direbus dan dikopek)
  • Tauge
  • Kucai
  • Garam sebagai perasa

kuetiau goreng sedap

Cara-cara masak:

  1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai wangi.
  2. Kemudian, masukkan cili kisar dan tunggu sampai masak.
  3. Masukkan semua bahan kecuali kuetiau, tauge dan kucai, kemudian kacau sampai rasa semuanya sedap. Lebihkan sedikit garam kerana kuetiau agak tawar.
  4. Seterusnya, masukkan kuetiau, tauge dan kucai, kemudian kacau sampai sebati. Jika tak gelap, boleh masukkan lagi kicap manis.

Tips tak nak bagi kuetiau melekat, anda kena asingkan kuetiau satu demi satu semasa basuh. Hasilnya, Kuetiau Goreng jadi terlerai elok dan sedap dimakan.

Selain kerang, anda boleh masukkan bahan lain yang disukai seperti ayam, daging, sotong, udang dan sebagainya. Paling penting, hasilnya memang lazat tak terhingga.

Selamat mencuba!

Sumber: Arieza Rieza

Baca juga: Resepi Kuetiau Kungfu Dengan Kuah Pekat Beraroma, Sekali Cuba Mesti Ketagih!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN