
Nak masak sesuatu yang ringkas tapi lain daripada yang lain, tak semestinya kena guna bahan yang mahal. Anda buat saja resepi Kuetiau Kungfu ini di rumah, sedapnya tak terkata.
Resepi Kuetiau Kungfu ini dikongsikan oleh Wan LuQman di Facebook yang sangat unik kerana hasilnya rangup dan kuahnya juga sedap luar biasa. Jom kita cuba!
Baca juga: Kuey Teow Ladna Dengan 4 Langkah Mudah, Sampai Kecur Air Liur Dibuatnya!
RESEPI KUETIAU KUNGFU

Bahan-bahan:
- 1 paket kuetiau halus
- 2 biji telur
- 1 sudu teh tepung beras
- 1 sudu teh sos ikan (nampla)
- Minyak untuk menggoreng
Sayur-sayuran:
- Sedikit lobak merah (dihiris nipis)
- Beberapa kuntum bunga kobis
- Beberapa batang baby corn
- 1 biji tomato (potong baji)
- Kailan atau sawi (hiris besar)
Bahan rencah untuk kuah:
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- Air secukupnya (anggaran 2 cawan)
- ½ cawan isi ayam, udang atau sotong
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan (nampla)
- 1 sudu besar serbuk stok ayam
- 1 sudu besar gula
- Larutan tepung jagung (1 sudu besar tepung + 2 sudu besar air) untuk memekatkan kuah
Cara-cara memasak:
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan 1 sudu teh tepung beras dan 1 sudu teh sos ikan. Gaul sebati.
2. Ambil sejemput kuetiau (yang telah dicelur atau direndam jika kering) dan masukkan ke dalam campuran telur.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick. Tuang bancuhan tadi dan goreng sampai bahagian bawahnya garing keemasan, kemudian balikkan dan goreng sebelah lagi. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih sampai wangi.
5. Masukkan air mengikut keperluan. Masukkan isi ayam, udang atau sotong (boleh guna satu jenis atau campur).
6. Setelah rencah masak, masukkan sos tiram, sos ikan, stok ayam dan gula. Kacau rata.
7. Masukkan sayur yang keras dulu seperti lobak merah, baby corn dan cauliflower.
8. Apabila sayur mula lembut, masukkan larutan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
9. Akhir sekali, masukkan kailan atau sawi. Kacau sekejap dan tutup api. Siap untuk dihidang!
Selamat mencuba!
Sumber: Wan LuQman
Baca juga: Cara Masak Kuey Teow Kungfu Di Rumah, Dapat Hasil Kuah Yang Pekat Elok!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














