Terasa nak makan burger ala restoran makanan segera tetapi tak mahu keluar rumah? Roti daging cheese ala Big Mac ini boleh menjadi pilihan untuk memenuhi selera. Menariknya, hidangan ini menggunakan roti biasa yang mudah didapati di rumah.

Apa yang membuatkan hidangan ini istimewa ialah rasanya yang mengingatkan kita kepada burger Big Mac yang popular. Gabungan rasa lemak, masam dan sedikit manis memberikan kelainan pada setiap gigitan.

Resipi ini juga sesuai dicuba sebagai hidangan santai bersama keluarga atau ketika mengidam burger homemade. Tak perlu tunggu hujung minggu untuk menikmatinya kerana hidangan ini boleh disediakan pada bila-bila masa.

Baca juga: Tak Perlu Uli Doh! Resipi Pizza Roti Dengan Cheese Meleleh Ini Sesuai Jadi Bekal Anak Ke Sekolah

RESIPI ROTI DAGING CHEESE ALA BIGMAC

roti daging cheeseBahan-bahan:

Bahan inti daging:

  • Daging kisar
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Bawang holland, dicincang
  • Lada benggala (pilihan)

Bahan sos Big Mac:

  • 1 cawan mayonis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar mustard
  • Bawang merah, dicincang halus
  • Jeruk timun, dicincang halus atau sedikit cuka

Bahan-bahan lain:

  • Roti biasa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • Keju cheddar parut atau keju keping

Cara penyediaan:

  1. Masukkan daging kisar ke dalam bekas. Perasakan dengan serbuk lada hitam, lada sulah dan garam secukup rasa.
  2. Masukkan bawang holland yang dicincang. Jika suka, tambahkan sedikit lada benggala untuk memberikan rasa tambahan kepada inti daging.
  3. Gaul semua bahan sehingga sebati. Bentukkan daging menjadi kepingan nipis mengikut saiz roti yang digunakan.
  4. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng kepingan daging sehingga masak sepenuhnya dan bahagian luarnya sedikit keperangan. Angkat dan ketepikan.
  5. Untuk menyediakan sos, campurkan mayonis, sos cili, sos tomato dan mustard ke dalam mangkuk.
  6. Masukkan bawang merah cincang serta jeruk timun yang telah dipotong halus. Jika tiada jeruk timun, boleh gunakan sedikit cuka. Gaul sehingga semua bahan sebati.
  7. Ambil sekeping roti biasa dan sapukan sos Big Mac yang telah disediakan.
  8. Letakkan kepingan daging yang telah dimasak di atas roti. Tambahkan keju cheddar parut atau sekeping keju mengikut kesukaan.
  9. Susun lapisan roti dan inti mengikut kreativiti masing-masing. Ulang sehingga mendapat saiz hidangan yang diinginkan.
  10. Hidangkan roti daging cheese sementara masih hangat bersama lebihan sos untuk dicicah.

Sumber: Threads @yatiecooking4

Baca juga: Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending