
Tak sah jika dapur tiada stok cili kisar di rumah, rasa tak lengkap. Kalau nak pastikan ia tahan lama berbulan-bulan tanpa rosak, kenalah tahu cara membuat cili kisar yang betul.
Cili kisar ialah cili kering yang telah direbus dan dikisar halus. Biasanya, ia digunakan sebagai asas dalam pelbagai hidangan seperti sambal, masakan tumis dan lauk berkuah pedas.
Cara membuat cili kisar oleh Shazura Bahari di Facebook ini sangat menarik. Walaupun tanpa bahan pengawet, hasilnya boleh tahan sampai 3 bulan. Jom kita tengok caranya di bawah.
Baca juga: Rahsia Simpan Cili Padi Sampai Bertahun-Tahun, Kekal Segar & Pedas Macam Baru Petik!
CARA MEMBUAT CILI KISAR TAHAN LAMA

1. Mula-mula, potong cili kering dua dan rebus sampai lembut.
2. Apabila sudah siap direbus, sejukkan terlebih dahulu, kemudian buang biji.
3. Selepas itu, masukkan cili dalam blender.

4. Kemudian, tambah garam kasar, minyak masak, air dan air perahan asam jawa (sukatan ikut banyak mana cili).
5. Seterusnya, kisar sampai halus dan simpan dalam bekas bersih, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
Cili kisar boleh tahan sampai 3 bulan jika disimpan dengan betul. Semasa nak guna nanti, tinggal cedok dan seimbangkan rasa dengan bahan lain ikut masakan.
Jangan lupa untuk kongsikan cara buat cili kisar ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang suka memasak. Sambil jimat, kita boleh masak dengan lebih yakin.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Shazura Bahari
Baca juga: Cara Simpan Cili Kisar Supaya Tahan Lama, Jimat Nak Guna Untuk Masak!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














