tips sotong tak liat

Siapa di sini masih hadapi masalah sotong yang liat dan kecut setelah masak? Nampaknya, sudah sampai masa untuk anda belajar tentang tips sotong tak liat yang mudah.

Sotong merupakan antara makanan laut yang disukai ramai selain udang. Namun, tak ramai yang tahu cara memasaknya supaya hasil lembut dan berjus apabila dimakan.

Rashilla Abdul Rashid telah kongsikan tips sotong lembut dan tak liat di Facebook yang anda boleh cuba praktikkan dengan 3 langkah mudah saja. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Petua Ikan Bilis Rangup Tahan Lama & Tak Liat, Wajib Gaul Dengan Bahan ‘Ini’ Dulu

TIPS SOTONG TAK LIAT BILA MASAK

tips sotong tak liat

1. MASAK SEKEJAP SAJA.

Ingat, sotong cukup masak lebih kurang dalam 2 hingga 3 minit saja. Jika lebih, sotong akan jadi liat kerana proteinnya mengeras apabila kena panas dalam jangka masa yang lama.

2. CELUR DENGAN CEPAT.

tips sotong tak liat

Kredit gambar: Facebook Nenda Nor Rahani

Jika anda nak celur sotong, pastikan air betul-betul mendidih terlebih dahulu. Celur lebih kurang dalam 20 hingga 30 saat saja, kemudian angkat dan toskan.

3. MASAK DENGAN API BESAR.

Pastikan untuk guna api yang besar supaya sotong cepat masak, tapi tak sempat kecut. Cara ini bantu mengekalkan tekstur lembut dan rasa manis semula jadi sotong.

Dengan petua yang mudah, anda sudah tak perlu risau sotong jadi liat apabila masak lagi. Tak kisahlah nak buat sambal, goreng kunyit atau masak kicap, hasilnya tetap sedap dan lembut.

Kredit gambar muka depan: Facebook Nenda Nor Rahani

Sumber: Rashilla Abdul Rashid

Baca juga: Cara Lembutkan Daging Guna Kurma, Sepantas 30 Minit Dah Lembut Elok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN