
Kerang antara makanan laut yang digemari ramai kerana rasanya manis, berjus dan boleh dimakan begitu saja. Jika belum tahu tentang tips merebus kerang yang betul, mari kami ajarkan caranya.
Ramai yang ingat rebus kerang itu mudah, tapi sebenarnya ada teknik tertentu untuk pastikan isi kerang kekal pejal, lembut dan manis. Jika salah cara, memang tak dapat hasil yang puas hati.
Tips merebus kerang oleh Azam Omar di Facebook sangat berguna untuk sesiapa yang suka makan kerang rebus tapi nak cuba buat sendiri di rumah. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Teknik Cuci Kerang Supaya Isi Tak Berselut, Lebih Bersih Dan Mudah Dimasak
TIPS MEREBUS KERANG SUPAYA ISI KEKAL PEJAL

1. Air mesti mendidih dulu.
Mula-mula, pastikan air betul-betul mendidih sebelum masukkan kerang. Jika masuk ketika air masih suam, isinya akan jadi cepat liat.
2. Rebus sekejap saja.
Rebus kerang sebenarnya tak perlu ambil masa begitu lama, cukup 2 hingga 3 minit selepas kulit terbuka. Jika terlebih masa, isinya akan mengecut nanti.
3. Tambah sedikit garam atau halia.
Jangan lupa letak garam dan halia. Garam sangat membantu untuk mengekalkan tekstur isi kerang, manakala halia pula untuk mengurangkan bau hanyirnya.

Kredit gambar: Facebook Fia Sofia
4. Guna api besar.
Pastikan untuk sentiasa gunakan api dapur yang besar. Lebih cepat air mendidih, kerang akan masak sekata dalam waktu yang singkat.
5. Terus rendam dalam air ais.
Selepas cukup masak, tos dan terus rendam dalam air ais dengan segera. Proses ini penting kerana ia dapat hentikan kerang daripada terlebih masak.
6. Pilih kerang segar.
Pastikan untuk memilih kerang yang segar semasa membelinya. Kerang yang segar lebih kenyal isinya dan tak mudah mengecut berbanding yang sudah lama tersimpan.
Dengan tips merebus kerang ini, bukan saja isinya kekal pejal, malah rasanya lebih manis dan menyelerakan. Jika buat cicah air asam atau makan terus panas-panas, pasti puas hati nanti.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Facebook Fia Sofia
Sumber: Azam Omar
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Kopek Kerang Lebih Mudah Tanpa Rebus, Serius Menjadi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














