cara lembutkan kuetiau

Sekali-sekala nak makan kuetiau, kita pasti beli siap-siap terlebih dahulu. Jika simpan lama dalam peti sejuk, ia akan jadi keras. Jadi, kenalah tahu cara lembutkan kuetiau supaya tak melekat apabila dimasak.

Kuetiau merupakan sejenis mi berwarna putih, leper dan lembut yang dibuat daripada beras serta popular di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Thailand dan Singapura.

Ramai fikir kuetiau yang sudah keras itu tak boleh diselamatkan lagi. Hakikatnya, ada cara mudah untuk segarkan semula kuetiau itu supaya lembut semula seperti baru beli.

Dengan hanya beberapa langkah ringkas, kuetiau keras boleh bertukar jadi lembut, licin dan mudah digoreng. Masakan pun jadi lebih sedap dan nampak menyelerakan. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Cuci Mee Kuning Yang Berbau Kapur, Rasa Pahit & Bau Pelik Terus Hilang!

CARA LEMBUTKAN KUETIAU KERAS DARIPADA PETI SEJUK

cara lembutkan kuetiau

1. Mula-mula, masukkan kuetiau dalam microwave.

2. Selepas itu, panaskan semula kuetiau selama 3 minit.

3. Kemudian, biarkan kuetiau sejuk betul-betul.

4. Seterusnya, cuci dengan air dan toskan.

5. Akhir sekali, terus masuk kuali untuk dimasak.

cara lembutkan kuetiau

Perlu diingatkan supaya cuci kuetiau apabila betul-betul nak masak saja. Jika cuci awal-awal, nanti kuetiau itu melekat. Selain kuetiau, anda boleh gunakan cara ini untuk mee kuning juga.

Dengan tips ini, anda tak perlu risau jika kuetiau sudah jadi keras dalam peti sejuk. Ikut saja langkah mudah ini, terus boleh masak apa saja menu kegemaran untuk keluarga di rumah.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Facebook Zeiti Anne Tan & Ameera

Sumber: Zeiti Anne Tan

Baca juga: Tips Pilih Dan Cara Rendam Bihun Mengikut Jenis, Hasil Cukup Puas Hati!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN