tips tauge tahan lama

Rasa segar pada tauge dan teksturnya yang rangup membuatkan ia menjadi bahan tambahan dalam hidangan. Jangan risau ia cepat layu, ada tips tauge tahan lama dan kekal rangup.

Masalah biasa yang selalu dihadapi apabila simpan tauge ialah sayur ini cepat layu, lembik dan bertukar warna coklat. Baru sehari dua simpan dalam peti ais, terus nampak tak segar lagi.

Baru-baru ini, Eyta Ismail di Facebook berkongsi satu cara mudah untuk pastikan tauge kekal segar, putih dan rangup walaupun sudah masuk hari keempat. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Menyimpan Lengkuas Supaya Kekal Segar, Lembut & Mudah Dipotong!

TIPS TAUGE TAHAN LAMA

tips tauge tahan lama

1. Rendam tauge dalam air. Pastikan air itu sekadar paras tauge saja, jangan berlebihan.

2. Masukkan asam keping. Letakkan 2 hingga 3 keping asam keping ke dalam bekas rendaman tadi.

3. Simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas dan simpan dalam chiller. Hasilnya, tauge akan kekal putih, segar dan rangup.

tips tauge tahan lama

Dengan tips tauge tahan lama ini, anda tak perlu risau lagi jika beli tauge banyak untuk disimpan. Boleh simpan tauge elok-elok dalam peti sejuk tanpa takut ia cepat rosak.

Selepas ini apabila nak masak mee goreng, bihun sup atau pecal, tauge yang anda nak gunakan akan sentiasa nampak segar seperti baru beli di pasar.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Eyta Ismail

Baca juga: Rahsia Simpan Cili Padi Sampai Bertahun-Tahun, Kekal Segar & Pedas Macam Baru Petik!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN