Jika ditanya tentang kek mudah dan disukai ramai, semestinya Kek Span jadi pilihan. Kali ini, kami kongsikan resipi Kek Span simple yang mudah dengan menggunakan 3 bahan saja.
Kek ini terkenal dengan teksturnya yang ringan, gebu dan lembut. Selain itu, rasanya yang tak terlalu manis menjadikannya sesuai sebagai kek asas untuk dibuat di rumah.
Resipi Kek Span ini dikongsikan oleh Maria Shah di Facebook yang menarik perhatian ramai kerana hasilnya yang gebu walaupun cara membuatnya sangat ringkas. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Kek Span Mudah 5 Langkah, Lembut Dan Gebunya Cukup Menjadi
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Pukul telur dahulu sampai nampak macam sikit saja kembang. Selepas itu, masukkan gula sikit-sikit sambil terus pukul.
2. Biarkan telur dan gula itu sebati dalam mangkuk lebih kurang 8 minit. Waktu ini penting untuk dapatkan kek yang ringan dan gebu.
3. Apabila adunan sudah sebati dan bertukar warna jadi putih gebu, masukkan tepung secara perlahan dan kacau sekadar sebati.
4. Pastikan jangan overmix. Bahagian bawah mangkuk pun jangan lupa kacau, takut ada tepung yang tertinggal.
5. Tuang dalam loyang (jika oven kecil, boleh guna dua loyang kecil), tapi pastikan oven sudah dipanaskan terlebih dahulu.
6. Bakar pada suhu 160 hingga 170°C selama lebih kurang 30 hingga 40 minit atau sampai kek naik elok dan keperangan bahagian atas.
Selamat mencuba!
Sumber: Maria Shah
Baca juga: Kek Pastri Buah Versi Moden – Lembut, Gebu & Wangi Berkrim, Confirm Buat Sekali Nak Lagi!
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…