resepi kek pastri buah

Siapa kata kek buah kena padat, berat dan penuh kekacang saja? Kali ini, kami nak ajak anda cuba versi moden iaitu resepi Kek Pastri Buah yang lembut, gebu dan wangi berkrim.

Kek Pastri Buah ialah sejenis kek lembut yang dihiasi dengan buah-buahan segar atau buah dalam tin di bahagian atasnya sebelum dibakar.

Tuan Adriana Arissa telah kongsikan resepi Kek Pastri Buah yang menarik di Facebook dan hasilnya kelihatan sungguh cantik. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kek Susu Pisang Paling Moist, Bau Harum Semerbak Satu Rumah

RESEPI KEK PASTRI BUAH

resepi kek pastri buah

Bahan A:

Bahan B:

  • 4 biji telur gred B
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan C:

*Jika tepung naik sendiri, boleh guna tepung gandum biasa campur 1½ sudu teh baking powder.

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, pukul bahan A sampai butter jadi putih dan kembang.

2. Kemudian, masukkan pula bahan B iaitu telur satu demi satu dan pukul sampai sebati.

3. Selepas itu, masukkan bahan C dan pukul sekejap saja bagi rata. Jangan terlalu lama.

4. Seterusnya, tuang dalam loyang saiz 8 inci.

5. Susun buah kesukaan seperti peach, strawberry, blueberry atau kiwi.

6. Tips tak nak buah tenggelam, jangan potong tebal. Potong nipis saja.

7. Bakar pada suhu 150ºC selama 40 hingga 45 minit mengikut oven masing-masing.

8. Bagi mengelakkan kek mendap, selepas kek masak, terbalikkan kek di atas redai dan terbalikkan semula di atas papan kek.

9. Apabila kek sudah sejuk, bolehlah ditabur dengan dusting powder sebagai hiasan.

Selamat mencuba!

Sumber: Tuan Adriana Arissa

Baca juga: Kek Buah Kukus Sarawak Moist & Wangi, Resepi Ini Buat Suami Sayang Lebih!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN