Categories: Halal Travel

8 Makanan Berpek Murah & Tahan Lama Sesuai Untuk Kaki Travel Bajet

Kalau jenis suka travel tapi bajet terhad, mesti pening nak fikir pasal makan. Lebih-lebih lagi kalau travel ke negara bukan Muslim, nak cari makanan murah dan halal pun satu cabaran. 

Kadang-kadang makanan halal ada, tapi harganya bukan main mahal. Silap hari bulan, sekali makan boleh sama dengan harga satu malam hotel bajet!

Sebab tu pentingnya perancangan awal. Nak jimat, nak senang cari, nak mudah bawa dan yang paling penting tahan lama walaupun tak ada peti ais?

Jom tengok senarai makanan berpek yang memang sesuai sangat untuk dibawa travel ke luar negara!

Baca juga: 10 Street Food Halal Paling Sedap & Murah Di Asia Yang Wajib Cuba Bila Travel!

SENARAI MAKANAN MURAH BERPEK

1. Mi segera (instant noodles)

Antara makanan yang tak lapuk dek zaman ialah mi segera. Bukan saja penyelamat bila travel, tetapi sentiasa jadi pilihan bila lapar tengah malam, malas nak keluar beli makan atau susah nak cari makanan halal.

Yang bestnya, mi segera ni murah, ringan, mudah disimpan dan boleh mengenyangkan! Sesuai sangat untuk yang nak jimat tapi masih nak makan sedap. Ada air panas je, settle.

2. Biskut kering (crackers)

Kredit gambar: Saidatul Arnie

Biskut kering memang antara makanan paling praktikal untuk dibawa travel sebab ia ringan, tahan lama, tak mudah rosak walaupun simpan dalam beg berhari-hari.

Kalau nak rasa lebih kenyang, boleh dimakan bersama sapuan seperti mentega kacang, coklat, keju atau dicicah dengan kopi dan teh panas waktu sarapan atau lepak tunggu bas. Seronok kan?

3. Sardin & tuna dalam tin (pull-tab)

Kredit gambar: Cik Lily Putih.Com

Sardin atau tuna dalam tin sangat praktikal untuk dibawa travel, sebab ia tak memerlukan pembuka tin dan boleh terus dimakan tanpa perlu dimasak.

Tin yang ada pull-tab senang sangat untuk dibuka, jadi tak perlu risau kalau tak bawa pembuka tin. Ia tahan lama dan tinggi protein, menjadikannya pilihan yang baik untuk menambah tenaga, lebih-lebih lagi kalau korang kena travel jauh.

Boleh dimakan begitu sahaja atau cicah dengan roti, biskut atau apa saja yang mudah dijumpai. Jangan lupa pilih tin kecil supaya lebih mudah dibawa dan disimpan dalam beg.

4. Nasi segera (retort pack)

Kredit gambar: Kembara Meal

Sekarang ni ada nasi segera dalam pek vakum, sangat sesuai untuk korang yang nak makan nasi tanpa perlu susah payah masak. Cuma perlu rendam dalam air panas selama beberapa minit atau panaskan dengan air mendidih.

Nasi segera ni memang sangat convenient, terutama bila nak jimat masa atau tak ada kemudahan dapur. Kalau nak lagi lengkap, boleh padankan dengan lauk dalam tin seperti sardin atau lauk pek siap makan. Terus jadi satu set makan tengah hari yang lengkap dan mengenyangkan!

5. Serunding

Kredit gambar: Makan Lokal

Serunding sama ada serunding daging, ayam atau ikan, memang tahan lama dan mudah dibawa. Tak perlu simpan dalam peti sejuk, jadi sangat sesuai dibawa ke mana sahaja.

Serunding ni sangat versatile, boleh makan dengan roti, nasi segera atau biskut kering sebagai snek. Nak simpan lama pun senang, cuma pastikan simpan dalam bekas kedap udara supaya ia kekal segar dan tahan lebih lama. Lagi best, serunding ni kaya dengan rasa, jadi tak bosan kalau dijadikan lauk sepanjang perjalanan.

6. Makanan dalam pek retort

Kredit gambar: Aplikasi Shopee

Pek retort memang tengah trend sekarang, terutama untuk dibawa travel. Selain mudah, saiznya yang kecil dan ringan memudahkan korang bawa ke mana-mana. Pek ni sudah siap
masak dan boleh dimakan terus selepas dipanaskan atau dalam keadaan sejuk sekalipun.

Pek retort sesuai sangat untuk hilangkan rindu makanan kampung ketika travel luar negara, atau bila nak makan yang lebih ‘berat’ tapi dalam bentuk mudah dibawa. Tinggal buka, panaskan dan terus nikmati!

Tapi, sebelum bawa, pastikan korang semak dulu syarat-syarat penerbangan kerana ada sesetengah tempat yang tak benarkan pek pemanas dibawa dalam kabin.

8. Energy atau protein bar

Energy bar atau protein bar adalah pilihan snek yang sangat berguna ketika travel, terutama untuk aktiviti luar atau hiking. Ia kecil, ringan dan padat dengan tenaga, jadi korang tak perlu risau tentang kekurangan tenaga ketika penat berjalan atau trekking.

Pilih yang mengandungi kacang dan oat, kerana ia memberi tenaga berpanjangan dan cukup mengenyangkan. Energy bar ni sangat mudah disimpan dalam beg dan boleh dimakan bila-bila masa.

Dengan semua makanan murah berpek ini, korang boleh travel dengan tenang, tak perlu risau tentang makan dan yang penting bajet tetap terjaga. Jangan lupa, rancang pemakanan dari awal untuk elak masalah lapar di tengah perjalanan!

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Baca juga: 5 Resepi Bekal Simple & Jimat Untuk Kaki Travel, Perut Kenyang, Poket Pun Selamat!
 

 

 

Nurshafika

Recent Posts

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

38 mins ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

56 mins ago

Resipi Ayam Goreng Tomyam Kering, Tak Berkuah Tapi Rasa Tomyam Tetap Menyerlah!

Ayam goreng tomyam kering ini sesuai untuk peminat lauk pedas yang mahukan kelainan daripada ayam…

2 hours ago

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

3 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

3 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

3 days ago