Buat anda yang sedang mencari idea untuk hidangan minum petang, boleh cuba resipi Kek Gula Hangus bakar ini. Walaupun tanpa perap, hasilnya tetap berongga elok.
Sesetengah orang menyebut Kek Gula Hangus sebagai kek sarang semut kerana bentuknya yang berlubang-lubang seperti sarang semut yang sangat cantik dan lazat dimakan.
Norfaezawati Wahid telah kongsikan cara buat Kek Gula Hangus bakar di Facebook yang cukup mudah tanpa diperap dan hasilnya tetap berongga. Jom kita cuba!
Baca juga: Kek Pisang Karamel Yang Cantik Sempurna, Guna Resipi Ini Pasti Menjadi!
RESIPI KEK GULA HANGUS BAKAR
Bahan-bahan untuk karamel:
Bahan-bahan untuk ayak:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
Bahan-bahan untuk blend:
- 7 biji telur gred B (6 biji telur gred A)
- 2 sudu kecil esen vanilla
- 1 cawan susu pekat (¾ cawan untuk kurang manis)
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masak gula atas api perlahan sampai jadi karamel dan semua gula larut (keluar buih).
2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit. Masuk sedikit, kacau. Masuk sedikit, kacau. Buat sampai habis, taklah terpercik sangat. Ketepikan.
3. Masukkan mentega. Kacau sampai cair. Biarkan suam.
4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dalam bekas besar.
5. Blend telur, esen vanilla dan susu pekat sampai sebati.
6. Tuang bahan blend ke dalam bekas tepung tadi. Kacau sampai sebati.
7. Angkat periuk yang ada gula hangus tadi, tuang ke dalam adunan tepung. Panas-panas pun boleh, cuma perlu hati-hati. Kacau rata.
8. Sediakan loyang 7 x 7 x 3 inci. Sapu dalam loyang dengan mentega. Letak penapis di atas loyang. Tuang dan tapis adunan tadi.
9. Panaskan dahulu oven dengan suhu 170ºC api bawah saja. Selepas 10 minit, masukkan loyang adunan. Bakar sekitar 45 hingga 50 minit (suhu dan masa membakar bergantung pada oven masing-masing).
10. Apabila cukup masa dan kek sudah masak, bolehlah keluarkan. Jika belum masak selepas 50 minit (atas masih lembik), tukar kepada api atas, dan bakar lagi sekitar 5 minit atau sampai adunan masak.
11. Akhir sekali, boleh potong kek secara melintang uratnya. Siap untuk dinikmati!
Jika tiada oven untuk buat Kek Gula Hangus bakar, anda boleh gunakan pengukus dan kukus selama 50 minit sampai keknya masak.
Selamat mencuba!
Sumber: Norfaezawati Wahid
Baca juga: Kek Sarang Semut Kukus, Boleh Buat Sarapan Atau Minum Petang