resepi puding roti kastard

Pantang nampak puding sedap di media sosial, mesti teringin punya. Tak payah beli di luar, anda boleh buat sendiri pencuci mulut ini dengan resepi Puding Roti Kastard yang mudah.

Selain dibuat secara berkuah kastard, Puding Roti Kastard juga boleh dibuat tanpa kuah dengan adunan kastardnya disejukkan sekaligus dengan roti dalam peti sejuk.

Resepi Puding Roti Kastard yang dikongsikan oleh adikfoods melalui perkongsian video di TikTok ini mudah dibuat tanpa menggunakan cara kukus atau bakar sekalipun. Jom kita cuba!

Baca juga: Puding Roti Marble Yang Mak-Mak Sekarang Suka Buat, Tak Payah Kukus!

RESEPI PUDING ROTI KASTARD

resepi puding roti kastard

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan gula bersama serbuk agar-agar dan serbuk jelly, kemudian gaul sampai rata.

2. Campurkan pula tepung kastard, tepung jagung, garam, susu isian sejat, whipping cream, air dan esen vanilla, kemudian aduk sampai rata.

3. Selepas itu, masak atas api sederhana besar sampai likat dan ada letupan kecil.

4. Guna roti Gardenia toast’em choco perfecto yang penuh dengan taburan chip coklat dan potong bahagian tepinya.

resepi puding roti kastard

5. Kemudian, sapu minyak pada loyang dan lapik dengan baking paper.

6. Seterusnya, susun 4 keping roti di bahagian tengah-tengah loyang.

7. Selepas itu, tuang adunan kastard tadi sebagai lapisan pertama dan goyang-goyang bagi rata.

8. Setelah kastard jadi separuh keras, ulang langkah 6 dan 7 untuk buat lapisan kedua sampai keempat.

9. Kemudian, masukkan dalam peti sejuk dan biarkan selama 4 jam.

10. Akhir sekali, keluarkan dari loyang, salutkan dengan kelapa parut kering dan boleh dipotong.

Kami yakin anda akan kagum dengan hasil daripada resepi Puding Roti Kastard yang cukup lemak manis serta elok bergedik kejadiannya.

Selamat mencuba!

Sumber: adikfoods

Baca juga: Puding Roti Kastard Leleh Dan Cair Di Mulut, Rasa Sekali Mesti Nak Lagi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN