
Seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Aisha Shukor telah berkongsi resepi mee suah yang sering dimasak oleh arwah ibunya dahulu.
Menurutnya, arwah ibunya akan memasak hidangan ini setiap kali dia demam untuk membuka selera.
Resepi ini sangat mudah dan cepat disediakan. Ditambah pula dengan cili potong, rasanya memang nikmat tak terkata!
Baca juga: Buat Sendiri Bihun Kungfu Sedap, Padu Macam Makan Dekat Kedai!
RESEPI MEE SUAH

Bahan-bahan:
- 6 ulas bawang putih (diketuk)
- 4 biji bawang merah kecil (dihiris)
- Air setengah kuali
- Ayam (dipotong kecil)
- Fishball (dibelah dua)
- Garam secukup rasa
- 1 kiub pati ayam
- Lobak merah secukupnya
- 1 sudu minyak bijan
- Lada sulah secukupnya
- Telur
- Sayur pak choy
- Mi suah
Cara memasak:
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.
- Kemudian, masukkan air setengah kuali. Air kena lebih sebab mi suah mudah serap kuah.
- Masukkan pula ayam yang dipotong kecil. Biarkan dan masak selama 10 minit sehingga ayam empuk.
- Selepas itu, letakkan fishball, garam secukup rasa, kiub ayam, lobak merah, minyak bijan dan lada sulah. Kacau sebati.
- Seterusnya, pecahkan telur ke dalam kuah dan biarkan seketika.
- Letakkan pula sayur pak choy dan mi suah.
- Biarkan mendidih selama 1 minit dan boleh tutup api. Terus hidangkan dan sedia untuk menjamu selera.
Selamat mencuba!
Sumber: Aisha Shukor
Baca juga: Resipi Bakso Tauhu Yang Unik Tapi Lazat, Pasti Ramai Tak Pernah Cuba
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














