sotong goreng tepung rangup

Pernah makan Sotong Goreng Tepung rangup di kedai makan, sampai balik rumah pun teringat. Sebenarnya, anda boleh buat sendiri di rumah dengan resipi yang kami kongsikan ini.

Sotong Goreng Tepung sering dihidangkan di kedai terutamanya yang menyediakan masakan Thai dan ia boleh dinikmati bersama sos pencicah yang lazat.

Namun, tak ramai yang pandai buat Sotong Goreng Tepung ini di rumah. Bukan saja tepungnya sering tertanggal dan tak rangup, malah sotongnya jadi liat dan susah dikunyah.

Jika anda masih gagal buat Sotong Goreng Tepung di rumah, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Maya Miera di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buang Air Sotong Yang Betul, Boleh Elak Lauk Jadi Kecut Atau Liat Nanti

RESIPI SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP

sotong goreng tepung rangup

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, gaulkan sotong dengan tepung bestari, sedikit serbuk cili sikit, onion powder dan sedikit air.

2. Selepas itu, guna bekas lain dan sediakan campuran tepung kering iaitu tepung beras dan tepung bestari.

3. Kemudian, ambil sotong yang telah digaul tadi dan gaulkan dalam campuran tepung kering pula.

4. Setelah sotong siap bersalut semua dengan tepung kering, gaul dengan telur yang sudah dipukul.

5. Kemudian, golekkan semula sotong dengan campuran tepung kering.

6. Seterusnya, boleh terus goreng dengan minyak yang banyak. Pastikan minyak sudah panas dengan betul dan gunakan api dapur yang paling kuat.

7. Apabila nampak garing keperangan, boleh angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

sotong goreng tepung rangup

Setelah buat Sotong Goreng Tepung ini, anda akan terkejut dengan hasilnya yang lembut dan tak liat serta salutan tepungnya cukup rangup dan sedap dimakan.

Dengan resipi ini, anda sekeluarga boleh makan Sotong Goreng Tepung dengan meratahnya begitu saja. Nak jadikan sebagai lauk dan gandingkan dengan sambal pun sedap juga.

Selamat mencuba!

Sumber: Maya Miera

Baca juga: Resepi Sotong Goreng Tepung Tak Lari, Teknik Ini Dapat Rangup Sempurna!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN