sayur panjang

Sayur-sayuran seperti petola, bendi, kacang botol dan timun agak sukar disimpan kerana saiznya agak panjang. Oleh itu, anda perlu tahu cara menyimpan sayur panjang supaya tahan lama.

Pengambilan sayur sangat penting dalam pemakanan seharian bagi memastikan badan kekal sihat dan cukup nutrisi. Nak mengurangkan risiko terkena penyakit, kenalah makan sayur setiap hari.

Antara masalah yang sering dihadapi ramai adalah teringin makan sayur yang disukai seperti petola tapi tak tahu pula cara menyimpannya. Mahu atau tak, terpaksalah masak terus setelah membelinya.

Tak dinafikan memang susah nak simpan sayur panjang yang berlendir dalam peti sejuk. Bukan saja boleh cepat rosak, malah boleh mengakibatkan sayur lain jadi tak tahan lama juga.

Apabila dapat tahu ada tips simpan sayur panjang yang dikongsikan melalui video di TikTok oleh cikrey_ana32, anda tak perlu risau nak beli sayur yang disukai lagi. Jom kita tengok tipsnya!

Baca juga: Cara Simpan Bahan Kisar Supaya Tahan Lebih Lama, Senang Nak Guna Nanti

TIPS SIMPAN SAYUR JENIS PANJANG

sayur panjang

Kredit Gambar: KamranAydinov dari Freepik

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara menyimpan:

1. Mula-mula, pastikan jangan cuci sayur yang nak disimpan. Jika dicuci, sayur akan jadi lembik dan tak tahan lama. Sebaik-baiknya, cuci sayur apabila nak gunakan saja.

sayur panjang

2. Selepas itu, balut sayur dengan tisu dan ikat dengan getah.

3. Jika sayurnya banyak, selang-selikan dengan tisu supaya sayur tak lembap atau menghasilkan lendir nanti.

4. Kemudian, ulang teknik yang sama untuk sayur lain juga.

5. Akhir sekali, masukkan dalam plastik kedap udara. Siap!

Jika sayur tak muat untuk dimasukkan ke dalam bekas, tiada masalah kerana anda boleh masukkan dalam bekas. Tapi, pastikan saiznya bersesuaian dengan sayur tersebut.

Anda boleh pakai tips bermanfaat ini untuk menyimpan apa saja jenis sayur panjang yang ingin digunakan untuk masak. Selepas simpan, nak guna untuk masak bila-bila pun boleh.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: jcomp dari Freepik, cikrey_ana32 dari TikTok

Sumber: cikrey_ana32

Baca juga: Tips Simpan Sayur Kekal Segar Dalam Peti Sejuk, Tahan Walau Berminggu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN