Hidangan yang tidak pernah jemu dengan gabungan rasa coklat pekat dan biskut rangup. Resipi kek batik mudah ini sesuai untuk dijadikan kudapan keluarga atau untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.
Pasti puas hati dengan rasanya yang kaya coklat, rangup namun lembut ketika digigit. Resipi ini juga anda wajib menggunakan biskut Marie kerana inilah rahsia kerangupan kek batik
Jom cuba!
Baca lagi: 5 Jenis Santan Kotak Dan Kegunaannya, Kena Tahu Mana Yang Sesuai Untuk Masak Lebih Sedap
RESIPI KEK BATIK MUDAH
Bahan-Bahan:
- 1/2 pek biskut Marie original
- 1 pek biskut Marie coffee (penting untuk rasa khas!)
- 250g mentega/butter (Buttercup pun boleh)
- 200g serbuk Milo/Vico
- 4 sudu besar serbuk koko
- 3/4 tin susu pekat
- 1 sudu kecil emulco coklat
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/4 sudu kecil serbuk Nescafe 3-in-1 atau serbuk kopi
- 1/2 cawan air masak
Cara-Cara:
1. Panaskan kuali atas api sederhana. Cairkan mentega/butter sehingga betul-betul mencair.
2. Masukkan susu pekat ke dalam mentega cair dan kacau sehingga sebati.
3. Tambahkan Milo, serbuk koko, air masak, emulco coklat, serbuk Nescafe, dan garam. Kacau perlahan sehingga campuran menjadi pekat dan berkilat.
4. Pecahkan kasar biskut Marie original dan biskut Marie coffee. Masukkan ke dalam campuran coklat, kacau rata selama lebih kurang 5 minit sehingga semua biskut diliputi coklat dengan sempurna.
5. Lapik loyang bersaiz 7-8 inci dengan plastik supaya mudah dikeluarkan nanti.
6. Masukkan adunan kek batik ke dalam loyang, gunakan plastik untuk menekan adunan supaya padat dan kemas. Tekan sekuat hati agar tekstur lebih cantik dan berlapis.
7. Letakkan loyang ke dalam peti sejuk selama beberapa jam atau semalaman sehingga kek menjadi padat sepenuhnya.
8. Keluarkan kek dari loyang dengan menarik plastik, kemudian potong mengikut saiz yang diingini.
Tip Penting:
- Biskut Marie coffee memberikan rasa istimewa.
- Gunakan pisau tajam dan panaskan sedikit sebelum memotong untuk hasil potongan yang kemas.
- Kek ini sesuai disimpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
Sumber: Almie Amira
Baca lagi: Resipi Nasi Goreng Tomyam Semudah ABC, Masak Sendiri Lagi Sedap Dari Kedai!