nasi bujang

Sebelum wujudnya nasi bajet menu rahmah, awal tahun 90-an kite dah ada menu ‘lejen’ iaitu set menu nasi bujang. Jadi bagi mengembalikan nostalgia, jom kita buat di rumah.

Cuma sup kosong itu boleh upgrade sikit. Kita buat sup ayam siam. Set nasi bujang ini dulu antara nasi bajet popular dikalangan perantau.

Setiap kali kalau nak jimat duit, nasi bujang menjadi pilihan disebabkan makanannya murah jadi jimat duit untuk makan. Masakan ini juga sesuai untuk orang bujang sebab itu ia dinamakan sedemikian.

Namun, walaupun ia kelihatan ringkas, nasi putih telur goreng dan sup kosong sudah memadai. Perut pun kenyang.

Jom kita tengok resipi di bawah.


RESIPI NASI BUJANG

nasi bujang

Bahan Telur Dadar:

  • 1 biji telur
  • 1 sdk sos ikan
  • Air limau
  • Serbuk lada putih
  • Garam
  • 1 biji bawang merah – dihiris

Cara Menggoreng Telur:

  1. Pecahkan telur ke dalam bekas
  2. Masukkan titis sos ikan, sedikit air limau, secubit serbuk lada putih, secubit garam, dan sedikit bawang.
  3. Kacau telur sehingga sekata
  4. Panaskan kuali dan masukkan minyak, goreng telur sehingga garing
  5. Telur dadar telah siap dimasak.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi 8 ‘Rahsia’ Masak Telur Dadar Gebu Gebas, Anak-Anak Tentu Suka!

Bahan Sup Ayam Siam:

  • Hirisan lemak ayam*
  • Bawang putih – ditumbuk*
  • Halia – ditumbuk*
  • Bawang Merah – dipotong*
  • Bawang besar – dipotong*
  • Serai – dipotong*
  • Daun limau purut*
  • Sup Bunjut Adabi
  • Garam
  • Gula
  • Maggi cukup rasa
  • Thai Fish sauce

Cara Memasak Sup Ayam Siam:

  1. Masukkan sedikit minyak masak, kemudian tumiskan bahan yang bertanda *. Masak sehingga bahan-bahan tersebut agak garing sedikit dan wangi.
  2. Apabila sudah garing dan wangi, masukkan air dan sup bunjut.
  3. Masukkan 5-7 titis sos ikan dan maggi cukup rasa.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  5. Taburkan bawang goreng ke dalam sup. Siap untuk dimakan.

Bahan Sambal Belacan:

  • 6 biji limau kasturi (buang biji)
  • 50g belacan yang telah dibakar
  • 3 biji cili merah + 1biji cili hijau
  • 8 biji cili padi hijau
  • 25 biji cili padi merah
  • 100ml air asam jawa pekat
  • Masukkan sedikit gula dan garam

Cara Buat Sambal Belacan:

Kisar atau tumbuk kesemua bahan diatas hingga sebati. Dah siap.


Makanan yang paling sesuai untuk orang bujang dan mereka yang suka simple-simple je. Telur goreng memang sesuai dengan makanan berkuah seperti sup tulang dan tomyam. Itu sahaja resepi kali ini. Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN