kaswi pandan

Nampak saja kuih tradisional seperti Kaswi Pandan di media sosial, terus terbayang teksturnya yang lembut dan kenyal apabila dimakan.

Kaswi Pandan merupakan kuih tradisional yang terkenal kerana cukup manis dan berlemak rasanya. Lebih-lebih lagi, bau wangi dari pandan asli membuatkannya bertambah aroma.

Jika menyukai kuih berasaskan pandan, anda wajib cuba resipi Kaswi Pandan yang dikongsikan oleh Eniza M. Salim di Facebook ini. Jom kita tengok cara membuatnya!

Baca juga: Bingka Pandan Mudah Dan Ringkas Guna Blender, Sampai Jiran Sebelah Boleh Bau!

 

RESIPI KASWI PANDAN

kaswi pandan

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula (saya kurangkn sikit sebab manis, sukatan dalam ¾ cawan gula)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan air daun pandan (saya letak pewarna hijau epal campur dengan air sebab daun tak cukup)
  • Garam
  • Sedikit kapur makan (saya guna 1 sudu plastik kfc)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkn semua bahan tersebut dan kacau bagi sebati.

2. Setelah itu, sapu minyak ke dalam loyang supaya nanti kuih tak melekat. Masukkan adunan ke dalam loyang.

3. Seterusnya, masak air hingga mendidih. Apabila air sudah mendidih, barulah dikukus hingga masak (lebih kurang 40 minit).

4. Akhir sekali, cucuk dengan lidi. Jika tak melekat di lidi bermakna kaswinya sudah masak. Setelah sejuk, bolehlah dipotong. Siap untuk dinikmati!

kaswi pandan

Sebenarnya tak susah pun buat Kaswi Pandan ini kerana anda hanya perlu bancuh adunan dengan air pandan, kemudian kukus saja sehingga masak.

Walaupun kuih ini agak kenyal apabila dimakan, namun hasilnya masih lembut bergedik dan mempunyai aroma pandan yang sungguh wangi.

Biasanya kuih ini dimakan bersama kelapa parut, tapi ia tetap sedap dimakan begitu saja tanpa gaul kelapa parut sekalipun.

Selain dijadikan sebagai sarapan, kuih ini juga merupakan hidangan minum petang yang terbaik untuk anda nikmati di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Eniza M. Salim

Baca juga: Kaswi Gula Merah Versi Tahan Lama, Kena Buat Cara ‘Ini’ Baru Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN