sup telur chinese style

Sedapnya Sup Telur Chinese Style ini. Mungkin ada yang pernah mencubanya kan? Biasanya menu ini hanya dihidangkan di hotel.

Buat yang belum pernah merasa, anda boleh cuba membuat sendiri di rumah. Tak perlu tunggu ke hotel atau pergi ke kedai makan lagi.

Jom lihat resipi lengkap cara membuat sup telur ini di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Zurina Zulkefli ini.

Resipi Sup Telur Chinese Style

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (cincang halus)
  • Halia (cincang halus)
  • Kiub pati ayam (tiada MSG)
  • Filamen ketam (dihiris nipis)
  • Telur ayam (dibancuh)
  • Tepung jagung (dibancuh)

Cara memasak:

1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.

2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.

3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.

4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.

sup telur chinese style

5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.

6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.

sup telur chinese style

Selamat mencuba!

sup telur chinese style

Kredit: Zurina Zulkefli

Baca juga: Resipi Sup Telur Mama Paling Sedap, Anak-Anak Semua Puji!