Categories: Makan Sini Best

Resipi Nasi Lemak Tanpa Santan, Ganti Guna Susu Cair & Minyak Masak Pun Sedap!

Kalau sebut nasi lemak, kebiasaannya orang akan masak dengan santan untuk dapat rasa lemak berkrim. Tapi tahukah anda, ada cara masak nasi lemak tanpa santan? Rahsianya, guna susu cair dan sedikit minyak masak sebagai pengganti.

Teksturnya tetap lembut, beraroma dan rasa lemak masih ada. Malah ada yang kata lebih ringan di perut, sesuai untuk mereka yang nak jaga kolesterol atau memang kurang gemar guna santan.

Yang penting, nasi lemak tetap wangi bila dimasak bersama halia, serai dan daun pandan. Bila dihidang bersama sambal tumis, telur rebus, ikan bilis goreng, kacang tanah dan timun, memang lengkap dan menyelerakan!

Baca juga: Jenis Beras Yang Sedap Untuk Buat Nasi Lemak, Pilih Betul-Betul Baru Puas Hati!

1) Resipi Nasi Lemak Guna Susu Cair & Minyak Masak

Bahan-bahan nasi lemak:

  • Beras secukupnya
  • 2 sudu kecil susu cair (jangan terlalu banyak, nanti nasi manis)
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu besar minyak masak/minyak kelapa dara
  • Halia (hiris nipis)
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sukatan semua bahan lebih kurang je, ikut banyak beras macam masak nasi lemak biasa.

Bahan sambal tumis:

  • Lada kering secukupnya
  • Bawang merah
  • Belacan sikit
  • Ikan bilis
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

Cara memasak nasi:

  1. Basuh dan tos beras.
  2. Masukkan beras ke dalam periuk bersama daun pandan, halia, minyak dan susu cair.
  3. Tambah air secukupnya, garam dan perasa. Masak seperti biasa sehingga nasi masak dan berderai.

Cara masak sambal tumis:

  1. Kisar lada kering, bawang merah dan belacan sehingga halus.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak. Penting supaya sambal sedap.
  3. Masukkan ikan bilis dan hirisan bawang merah besar.
  4. Tambah garam, gula dan perasa. Kacau sebati dan biar sebentar sehingga sambal naik aroma.

Siap! Hidangkan nasi lemak bersama sambal tumis, telur rebus, timun dan kacang goreng. Alternatif tanpa santan, tapi tetap sedap dan wangi!

2) Resipi Nasi Lemak Tanpa Santan (Guna Minyak Masak & Kerisik)

Penggunaan minyak masak dalam penyediaan nasi lemak ini bertujuan untuk menggantikan santan, memberikan rasa lemak yang kaya tanpa kandungan lemak tepu yang tinggi.

Bahan-bahan:

  • Beras secukupnya
  • Minyak masak
  • 4 sekawan: bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga
  • Halia (hiris nipis)
  • Bawang merah
  • Kerisik (sebagai pengganti santan)
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa (jika suka)
  • Daun pandan

Cara memasak nasi:

  1. Kisar halus bawang merah, halia dan buah keras.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis 4 sekawan sehingga wangi.
  3. Masukkan bahan kisar tadi, tumis hingga naik bau dan terbit minyak.
  4. Tambahkan kerisik sedikit saja, tumis hingga sebati.
  5. Cuci beras dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan tumis tadi.
  6. Tambahkan air secukupnya seperti memasak nasi biasa. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa dan ajinomoto jika suka.
  7. Akhir sekali, masukkan daun pandan. Masak sehingga nasi masak dan wangi.

Nota:

  • Kerisik bertindak sebagai pengganti santan, memberikan rasa lemak tanpa menggunakan santan sebenar.
  • Pastikan bahan tumis benar-benar naik minyak supaya aroma nasi lebih sedap dan nasi berderai.

Bermula Ogos hingga September ini, MyResipi menganjurkan kempen Makan Sini Best bagi mengetengahkan nasi lemak terbaik di sekitar Lembah Klang. Pilihan rakyat, bukan pengkritik.

Calonkan dan undi nasi lemak kegemaran anda di www.myresipi.com/makansinibest dan saksikan siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara nasi lemak pilihan rakyat.

Jangan lupa juga untuk hadir ke acara kemuncak pada 9 Oktober 2025 dan jadi antara 100 pengunjung terawal yang berpeluang menikmati nasi lemak percuma serta produk tajaan eksklusif!

Sumber: Anisah Jamal, Shazura Bahari

Baca juga: Makan Sini Best: Calonkan Nasi Lemak Kegemaran Anda & Menangi Hadiah Eksklusif!

Wan N

Recent Posts

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

3 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

4 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

6 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

6 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

6 hours ago

Resipi Panna Cotta ‘Inspired By’ Daripada Wedding BASS, Rasa Lemak Berkrim!

Terinspirasi daripada majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikenali sebagai wedding BASS, Nor…

7 hours ago