Pengunjung luar negara takkan lepaskan peluang untuk makan nasi kandar di Malaysia, namun berbeza dengan pengalaman oleh juara Masterchef Indonesia ini.
Baru-baru ini, tular video di TikTok yang dimuatnaik oleh seorang Youtuber dari Indonesia iaitu Boengkoes yang mengunjungi restoran kepunyaan juara Masterchef Indonesia musim ke-5 iaitu Stefani Horison.
Baca juga: Founder Famous Amos Meninggal Dunia, Ini Punca Kematiannya Di Usia 88 Tahun
KOMEN JUARA MASTERCHEF INDONESIA TENTANG NASI KANDAR MALAYSIA, RASA BERPASIR!
@boengkoesofficial Juara masterchef indonesia @Stefani Horison ♬ original sound – Boengkoes
Chef yang dikenali sebagai Fani itu berkongsikan pengalamannya menikmati nasi kandar sewaktu berada di Kuala Lumpur yang berpendapat nasi kandar Malaysia masih banyak kekurangannya.
“Kalau di Malaysia itu kan dia pakai serbuk rempah semuanya, kalau di sini kita pakai rempah yang fresh serta dihasilkan sendiri. Kalau di sana kan pakai rempah serbuk jadi kalau dituang rasanya seperti berpasir.”
-Stefani Harison, Juara Masterchef Indonesia-
JUARA MASTERCHEF INDONESIA PERKENAL NASI KANDAR MALAYSIA DI RESTORANNYA, TAPI KUAH SANGAT CAIR
Fani memperkenalkan nasi kandar di restorannya yang mendakwa ia dibuat menggunakan bahan rempah yang lebih segar, berbeza dengan di Malaysia.
Melalui video yang dikongsikan, YouTuber itu nampak sangat menikmati nasi kandar yang disediakan oleh chef Fani, malah berpendapat jauh lebih sedap daripada yang asal.
Namun apabila dilihat, kuahnya nampak sangat cair seperti kuah gulai. Selain itu, lauk yang disediakan seperti ayam masak merah bersama telur dadar dan sayur kubis yang pucat langsung tak sama seperti nasi kandar di Malaysia.
Kami telah lihat komen yang ditinggalkan dan berpendapat netizen Malaysia tak pernah tak kelakar apabila memberikan respon mereka.
INI ANTARA RESPON NETIZEN MALAYSIA TENTANG VIDEO TERSEBUT
“Nasi kandar ori bukan di Kuala Lumpur”
“Bila tekak bakso nak cuba nasi kandar”
“Presentation lebih kepada nasi campur. Kuah cair.”
“Nasi kandar identitasnya kuah pekat dan padu”
“Tu bukan nasi kandar tapi lebih kepada nasi campur.”
“Nasi kandar berpasir bukan letak pasir, tu serbuk dari rempah kari”
Oleh disebabkan negara berjiran, jadi orang Malaysia dan Indonesia perlu menjaga hubungan baik dan saling menghormati pandangan yang diberikan.
Apa-apa pun, jom makan nasi kandar!
Sumber: boengkoesofficial
Baca juga: Wanita Terkejut Beli Kuih Ada Tanah, Netizen Syak Gerai Tepi Jalan Ini Kena Sihir