jenama bihun

Banyak jenama bihun di pasaran sampai tak tahu nak pilih mana yang sesuai dengan citarasa. Jangan risau, anda boleh lihat pada senarai jenama bihun terbaik di Malaysia ini.

Ada sesetengah jenis bihun sesuai dimasak rebus, ada juga yang saiznya besar tapi lembut apabila dimasak. Oleh itu, penting untuk anda tahu tentang kegunaan jenama bihun tersebut.

Di bawah ini kami kongsikan antara jenama bihun yang bagus dan sering digunakan oleh orang Malaysia dalam masakan. Jom kita tengok senarainya.

Baca juga: 5 Jenis Santan Kotak Dan Kegunaannya, Kena Tahu Mana Yang Sesuai Untuk Masak Lebih Sedap

10 JENAMA BIHUN TERBAIK DI MALAYSIA

1. Star Brand Rice Vermicelli

jenama bihun-1

Kredit Gambar: Shopee

  • Bahan-bahan: Nasi Putih Thai Tulen
  • Negara Pengeluar: Thailand

Jenama bihun ini dipanggil juga sebagai Bihun Cap Bintang di kalangan rakyat Malaysia. Ia diperbuat daripada beras putih Thai yang tulen dan diproses secara moden dan bersih.

Bukan saja jenama bihun ini bebas bahan kimia, malah baunya wangi secara semula jadi. Oleh sebab itu, tak hairanlah ia sentiasa menjadi pilihan ramai.

2. A1 5 Minutes Instant Flour Vermicelli

jenama bihun

Kredit Gambar: Shopee

  • Bahan-bahan: Tepung Gandum, Kanji Tapioca, Garam, Air dan Perapi Makanan yang Dibenarkan
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Panggilan lain bagi jenama bihun ini adalah Mi Suah Putih. Ia sangat sesuai dihidangkan bersama mi sup, mi goreng dan hidangan steamboat.

Cara penyediaannya agak mudah yang mana langkahnya hanyalah memasukkan produk ke dalam periuk air dan biarkannya masak selama 5 minit.

3. Golden Dragon Brand Rice Vermicelli

jenama bihun

  • Bahan-bahan: Beras, Pati Jagung & Pati Sagu.
  • Negara Pengeluar: China

Jenama bihun ini dikenali sebagai Bihun Bermutu Nagamas. Memandangkan saiz hidangannya 400g, produk ini mampu disediakan kira-kira untuk 6 orang dalam satu masa.

Ia dikategorikan sebagai makanan vegetarian, sekaligus menunjukkan ia sesuai untuk vegetarian. Bihun ini juga berkhasiat, di mana pengawet digunakan dalam kuantiti yang minimum.

4. LF Brand LongKou Vermicelli

jenama bihun

Kredit Gambar: Shopee

  • Bahan-bahan: Kacang Mung dan Air
  • Negara Pengeluar: China

Produk ini boleh dihidangkan dalam pelbagai cara seperti dalam hot pot, rebusan ataupun dalam masakan tradisional. Senang cerita, banyak resipi yang boleh dibuat dengannya.

Jenama bihun ini telah menyatakan bahawa produk mereka harus disimpan di tempat yang sejuk dan kering untuk mengekalkan kualitinya apabila tak digunakan.

5. Mr Korea Vermicelli Noodle

jenama bihun

Kredit Gambar: Shopee

  • Bahan-bahan: Kanji Kentang Manis
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan

Jika anda buat masakan Korea, lebih sesuai gunakan jenama bihun ini. Buat pengetahuan anda, ia dibuat sepenuhnya daripada kanji ubi keledek.

Bihun ini mempunyai tekstur yang lembut dan kenyal. Oleh disebabkan saiznya besar, maka ia mudah dipisahkan dan memudahkan kerja anda semasa memasak.

6. EcoBrown’s Premiere Vermicelli

jenama bihun

Kredit Gambar: ecoBrown’s

  • Bahan-bahan: Beras Perang, Pati Sagu, Pati Jagung.
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Jenama bihun ini mempunyai semua kebaikan beras perang dan boleh dinikmati sebagai hidangan yang ditumis atau sup.

Senang cerita, pelbagai hidangan boleh dibuat dengan bihun ini kerana ia serba boleh dan sihat. Senang cerita, mereka yang nak berdiet lebih elok guna bihun ini.

7. Safoco Rice Vermicelli

Kredit Gambar: Shopee

  • Bahan-bahan: Tepung beras (99%), garam meja
  • Negara Pengeluar: Vietnam

Jenama bihun ini diproses menjadi serat kering tetapi mengekalkan kualiti yang sama seperti serat bihun segar.

Ia digunakan untuk membuat pelbagai hidangan lazat seperti bihun ayam, bihun lembu, bihun tumis dan sebagainya. Selain itu, bihun ini dibuat sepenuhnya daripada beras biasa.

8. Keluarga Brand Rice Vermicelli

jenama bihun

Kredit Gambar: Shopee

  • Bahan-bahan: Beras biasa
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Sebutan lain bagi jenama bihun ini ialah Cap Keluarga yang diproses menjadi serat kering tetapi mengekalkan kualiti yang sama seperti serat bihun segar dan dibuat sepenuhnya daripada beras biasa.

Ia sesuai untuk buat pelbagai hidangan lazat seperti bihun ayam, bihun daging, bihun tumis dan sebagainya. Paling menarik, ia merupakan bihun yang sering digunakan oleh suri rumah.

9. Jati Vermicelli Bee Hoon

jenama bihun

Kredit Gambar: Daganghalal

  • Bahan-bahan: Nasi, Pati Sagu, Pati Jagung
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Selain mendapat pensijilan HALAL di Malaysia, produk ini mempunyai beberapa ciri menarik pada namanya. Sebagai contoh, ia tidak mempunyai kolesterol dan pengawet, mengandungi bijirin penuh, dibungkus secara bersih, segar, semula jadi dan dikategorikan di bawah kumpulan vegetarian.

10. Jasmine Rice Vermicelli

jenama bihun

Kredit Gambar: Jaya Grocer

  • Bahan-bahan: Nasi Patah, Pati Sagu, Pati Jagung, Air
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Orang Malaysia cukup mengenali Bihun Jasmine yang dihasilkan sebagai hasil sampingan daripada proses pengilangan. Selepas pengasingan, sisa beras (patah atau biji kecil) dikisar dan dikeringkan dengan wap untuk membentuk bihun padi.

Bagi memastikan kebersihannya, keseluruhan proses dikendalikan oleh jentera. Senang cerita, bihun ini lebih terjamin untuk digunakan sewaktu memasak.

Walaupun banyak jenama bihun di pasaran, namun salah satu yang kami senaraikan ini pasti menjadi kesukaan anda. Kena cuba semua, baru tahu mana yang sesuai dengan citarasa.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Foto oleh Freepik

Sumber: myweekendplan.asia

Baca juga: 6 Jenis Susu Tin Yang Dijual Di Kedai, Dah Tahu Pilih Mana Satu Sesuai!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN