Siapa sangka, rupanya ada banyak khasiat budu yang ramai tidak tahu. Ia merupakan makanan tradisi orang Pantai Timur, terutamanya di negeri Kelantan dan Terengganu.
Jika di Korea, mereka ada ‘kimchi’. Jika di Malaysia, kita ada ‘budu’ yang telah diisytiharkan sebagai ‘heritage food’ oleh Jabatan Warisan Negara.
Kedua-dua makanan ini termasuk dalam kategori ‘superfood’ yang padat dengan nutrisi, kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang memberi banyak manfaat kesihatan.
Kalau nak tahu lebih banyak manfaat budu, jom baca artikel ini dengan lebih lanjut.
Baca juga: Manfaat Buah Pelaga, Ini Sebab Orang Dulu-Dulu Suka Guna Dalam Masakan
BUKAN HANYA SEDAP, INI KHASIAT BUDU PERLU ANDA TAHU
1. Cegah Penuaan Awal
Rupanya budu mengandungi glutathione, yang bertindak sebagai antioksidan untuk melawan penuaan awal. Ia juga berfungsi sebagai ‘detox’ semula jadi. Mungkin ini rahsia orang Pantai Timur nampak awet muda?
Ia juga boleh membantu mengurangkan risiko kanser. Budu asli (yang warnanya sedikit gelap) mengandungi bioflavonoid, yang berfungsi untuk melambatkan proses pengoksidaan sel dan mempercepatkan pemulihan kerosakan sel.
2. Tinggi Vitamin B12
Siapa sangka, budu juga tinggi dengan pelbagai vitamin seperti vitamin B kompleks dan vitamin larut lemak (A, D, E dan K).
Budu juga merupakan sumber terbaik vitamin B12 yang penting untuk kesihatan otak. Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan masalah seperti hilang ingatan, demensia dan kekeliruan.
Selain itu, vitamin B12 turut membantu tubuh menghasilkan sel darah merah. Kekurangan sel darah merah boleh menyebabkan anemia, penurunan berat badan yang mendadak dan sakit di bahagian abdomen.
3. Tinggi Probiotik
Budu dihasilkan melalui proses fermentasi, jadi ia kaya dengan probiotik atau bakteria baik yang bagus untuk usus kita.
Namun begitu, ia perlu diambil dalam kuantiti sedikit kerana budu ini tinggi garam. Jika setakat sebagai pencicah itu dikira sudah memadai.
4. Cerdaskan Otak
Budu mempunyai probiotik yang juga penting untuk kecerdasan otak. Ia dapat membantu meransang hubungan sel otak dan mengkuatkan sel otak yang lemah.
Khasiat lain budu yang perlu diketahui:
- Berpotensi sebagai anti-kanser
- Bersifat anti-bakteria untuk atasi cirit-birit
- Tinggi serat makanan (dietary fiber) untuk sihatkan usus
- Sebagai pembuka selera bagi mereka yang kurang selera makan
- Mencegah risiko diabetes
Sumber: Neuroversiti
Kredit gambar: Michelle Yip
Baca juga: Daun Pandan vs Daun Suji, Nampak Sama Tapi Sebenarnya Berbeza!