Mesti ramai tak pernah dengar tentang Ayam Kam Heong betul tak? Ayam Kam Heong dapat dijumpai di kedai masakan cina. Ayam Kam Heong bermaksud “berbau wangi”. Ayam Kam Heong dimasak dengan cara menggoreng ayam terlebih dulu. Kemudian dimasak bersama bawang, rempah kari, kicap dan sos. Jangan lupa masukkan daun kari supaya masakan jadi lebih wangi. Jadi apa tunggu lagi, mari kita cuba resepi Ayam Kam Heong yang dikongsikan oleh Mas Salleh di Facebook.

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

MUDAH

RESEPI AYAM KAM HEONG

Mesti ramai tak pernah dengar tentang Ayam Kam Heong betul tak? Ayam Kam Heong dapat dijumpai di kedai masakan cina. Ayam Kam Heong bermaksud “berbau wangi”. Ayam Kam Heong dimasak dengan cara menggoreng ayam terlebih dulu. Kemudian dimasak bersama bawang, rempah kari, kicap dan sos. Jangan lupa masukkan daun kari supaya masakan jadi lebih wangi. Jadi apa tunggu lagi, mari kita cuba resepi Ayam Kam Heong yang dikongsikan oleh Mas Salleh di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • Ayam – Guna bahagian dada sahaja potong dadu

  • Bawang putih – Cincang

  • Bawang holand – Hiris memanjang

  • Daun kari

  • Serbuk kari

  • Sedikit kicap manis

  • Sedikit sos tiram

  • Sedikit sos tomato

  • Sedikit air

  • Cili ini terpulang samada cili burung/cili besar

  • Garam dan gula jika perlu

Kredit: Mas Salleh
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang putih, bawang besar dan daun kari.

  • Tumis hingga wangi.

  • Masukkan sos tiram, kicap manis, sedikit sos tomato dan serbuk kari. Tumis hingga naik minyak dan campur sedikit air.

  • Masukkan ayam gaul rata hingga bahan tadi bersalut-rata

  • Masukkan sedikit garam dan gula jika perlu.

  • Dah cukup semua rasa tutup api dan gaulkan cili yang telah dipotong bulat dan siap.

Kredit: Mas Salleh

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.