onion ring

Sedapnya onion ring. Bukan setakat budak, orang dewasa pun suka makan. Walapun asasnya guna bawang, tapi tak terasa bila dah digoreng macam ni.

Guna 1 biji bawang pun dah cukup kalau tak makan ramai, memang jimat! Buat kudapan minum petang sambil menonton tv, confirm laju je habis sepinggan.

Nak cuba buat? Jom lihat cara-caranya di bawah.

Cara Buat Onion Ring Yang Sedap & Rangup

Bahan-bahan:

  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit garam (jika suka)
  • Bawang holland
  • Serbuk roti
  • Telur
  • Cheddar cheese

Cara-cara:

1. Campurkan semua tepung. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 adunan bancuh dengan sedikit air untuk salutan basah, 1 adunan lagi untuk salutan kering.

2. Potong bawang holland, leraikan.

3. Hiris cheddar cheese, kemudian balutkan ditengah-tengah antara 2 bawang (rujuk gambar).

onion ring

4. Celupkan bawang ke dalam bancuhan tepung basah, celupkan pula kedalam bahagian tepung yang kering.

5. Celupkan ke dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti.

6. Masak dalam air fryer selama 15minit pada suhu 180°C.

onion ring

Selamat mencuba!

onion ring

*Boleh dibuat tanpa menggunakan cheese dan digoreng dengan minyak seperti biasa.

Kredit: Noor Atikah Mahmood

Baca juga: Resipi Brownies Paling Mudah. Sesuai Untuk Yang Tak Suka Manis, Rasa Ngam Dengan Tekak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN