tip tahan haus

Ternyata, ada tip tahan haus ketika berpuasa yang anda boleh cuba. Bagi sesetengah individu yang selalu ponteng puasa kerana tidak tahan dahaga. Boleh ikuti tips ini. 

Berpuasa merupakan satu amalan yang penting bagi umat Islam yang dilaksanakan pada bulan Ramadan. Namun, bagi sesetengah individu, mencari cara untuk mengurangkan rasa dahaga semasa berpuasa boleh menjadi cabaran.

Walaupun minum air adalah cara paling asas untuk menghilangkan dahaga, kadang-kadang kita mungkin memerlukan sesuatu yang lebih dari sekadar air kosong untuk mengekalkan kelembapan dan kekuatan tubuh.

Baca juga: Cara Kenal Pasti Madu Asli Atau Tiruan, Elak Ditipu Oleh Penjual

Salah satu cara yang telah untuk hilangkan dahaga ini telah dikongsi oleh seorang selebriti tempatan iaitu Atikah Suhaimi di laman TikToknya. Ikuti perkongsian di bawah.

TIP TAHAN HAUS KETIKA BERPUASA 

Cara untuk mengatasi dahaga yang dikongsikan beliau adalah dengan menambahkan sedikit garam ke dalam air yang diminum. Garam Himalaya dan garam Celtic adalah dua jenis garam yang semakin popular kerana kandungan mineral semulajadi yang tinggi dan manfaat kesihatan yang dikatakan mereka miliki.

Video penuh:

@atikahsuhaimeeee

Tips untuk orang yang sering ponteng puasa. Kiter semua manusia biasa, sering bust kesilapan. Semoga tip ni bermanfaast untuk semua ❤️ #fyp #beautytok #tiktokmalaysia

♬ original sound – TikaMe – TikaMe

Perkongsiannya itu telah mendapat lebih 2.3 juta tontonan, 132.1k tanda suka, serta 1.5k netizen yang komen di video tersebut. Pelbagai reaksi netizen yang dikongsikan namun kebanyakkannya adalah reaksi positif.

Namun, ada cara-cara penuh untuk menggunakan garam Himalaya atau garam Celtic untuk membantu tahan haus ketika berpuasa. Ikuti langkah-langkah berikut. 

1. Persediaan Air Garam

  • Ambil segelas air suam yang bersih.
  • Campurkan satu sudu kecil garam Himalaya atau garam Celtic ke dalam air tersebut.
  • Gaul sehingga garam larut sepenuhnya dalam air.

2. Minum Air Garam secara Berperingkat

  • Minumlah air garam dalam jumlah kecil setiap beberapa minit.
  • Jangan minum sekaligus dalam satu gelas besar, tetapi pecahkan pengambilan air kepada beberapa gelas kecil.
  • Ini membantu penyerapan air dan elektrolit oleh tubuh secara beransur-ansur.

3. Jangan Berlebihan

  • Jangan tambah terlalu banyak garam ke dalam air.
  • Kuantiti garam yang betul adalah penting untuk mengelakkan ketidakselesaan perut atau kepekatan darah yang tinggi.

4. Sesuaikan Mengikut Keperluan

Setiap individu mempunyai tahap keperluan garam yang berbeza. Sesuaikan penggunaan garam dengan pengalaman peribadi dan kesihatan.

5. Pastikan Garam Semulajadi

  • Pastikan garam yang digunakan adalah garam semulajadi seperti garam Himalaya atau garam Celtic.
  • Garam-garam ini mengandungi lebih banyak mineral dan kurang diproses berbanding garam meja biasa.

6. Tambahan kepada Minuman Elektrolit

  • Air garam dengan garam Himalaya atau garam Celtic juga boleh menjadi alternatif semulajadi kepada minuman elektrolit komersial.
  • Ia memberikan mineral tambahan yang diperlukan oleh tubuh semasa aktiviti yang memerlukan penggantian elektrolit.

7. Berhati-hati bagi Individu dengan Masalah Kesihatan Khas

Bagi individu dengan masalah kesihatan tertentu seperti tekanan darah tinggi atau masalah buah pinggang, disarankan untuk berbincang dengan pakar kesihatan sebelum mencuba kaedah ini.

Menggunakan garam Himalaya atau garam Celtic dalam air suam adalah cara semulajadi dan berkesan untuk membantu tahan dahaga.

Namun, seperti mana-mana perubatan alternatif atau kaedah rawatan lain, adalah penting untuk memahami keperluan individu dan berkonsultasi dengan pakar kesihatan jika perlu sebelum mencuba.

Semoga bermanfaat.

Sumber: TikTok Atikah Suhaime

Baca juga: Panduan Simpan Daging Mengikut Jenis Supaya Tahan Lama

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN