Setiap kali Syawal pasti wajib beli popia gulung serunding ni. Sekali makan pasti akan ‘ketagih’ sampai tak sedar dah hampir habis sebalang. Rupanya mudah je kalau nak buat sendiri popia gulung ni. Kalau korang ada serunding lebih, boleh lah cuba buat.
Tetapi cara membuat popia gulung ini memakan masa dan ketelitian untuk menggulung. Tapi jangan risau, jika kita guna teknik yang dikongsi oleh Hasifah Che Mat ini, mudah dan cepat cara menggulungnya. Jom lihat perkongsian di bawah.
Baca juga: Biskut Cornflakes Susu, Rangup Di Luar & Cair Di Mulut. Resipi Mudah Tanpa Guna Oven & Mixer!
1. Popia dipotong empat.
2. Kemudian potong segitiga.
3. Susun dari atas ke bawah.
4. Letakkan sambal ikan secukupnya.
5. Temukan hujung segitiga atas ke tengah. Gulung dan lekatkan hujung popia dengan air.
6. Tips untuk gulungan kemas, tekan sedikit gulungan popia sambil gulung. Lepas letak air, tekan sikit untuk pastikan lekatan kuat.
7. Sebaiknya jemur selama lebih kurang 30 minit dulu popia yang telah digulung untuk popia yang lebih rangup.
8. Goreng dengan api sederhana perlahan dan perlu dibalik-balikkan. Toskan, sejukkan seketika dan simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit: Hasifah Che Mat
Baca juga: Resipi Biskut Makmur Susu ‘Gebu’ Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…