Categories: ArtikelInformasi

Tempat Makan Best Di Perlis Ala – Ala Kampung Style

Kedudukan negeri Perlis sebenanrnya amatlah strategik kerana ia bersempadan dengan negara Thailand. Ini  menjadikan makanan di Perlis mempunyai unsur-unsur Thai. 

Bagi anda yang berada di Perlis atau ingin bercuti di sini dan anda ingin makan di kedai makan ala-ala kampung style, sebenarnya terdapat banyak tempat makan yang menarik yang anda wajib cuba tau! Daripada masakan Melayu hinggalah ke masakan Barat, senarai di dalam artikel ini pasti akan memuaskan hati anda kerana kedai di dalam senarai ini semuanya murah murah belaka tau. Tunggu apa lagi? Jom kita tengok senarai tempat makan best di Perlis ala-ala kampung style. 

1. Warung Tepi Sawah

Kalau anda nak bersarapan pagi, anda wajib makan di Warung Tepi Sawah. Warung ini terletak betul-betul di tepi sawah yang nyaman dan menenangkan, kedai ini terletak di Kampung Bohor Janggus, Bintong. Makanan di sini adalah mengikut selera kampung  seperti nasi lemak kukus ayam berempah, capati gulai ikan, bihun sup, pulut ikan kering, mee sup, laksa, roti arab, roti sarang burung dan bermacam lagi jenis sajian yang memuaskan hati anda. 

Alamat: Warung Tepi Sawah 769, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Beroperasi: 7AM – 12 PM (Setiap Hari)

2. Nira Nipah Khipli

Di Ladang Nira Nipah Khipli ini terdapat sebuah gerai yang dibuka untuk pelanggan merasai keaslian air nira nipah yang segar. Harganya juga berpatutan iaitu satu jug nira nipah adalah RM8.00. Selain itu, pengunjung juga boleh  menikmati menu lain seperti laksa, air batu campur (ABC), laicikang, dan bihun sup.

Alamat: Ladang Nipah Kipli, Sanglang, Perlis
Waktu Beroperasi: 1PM – 7.30 PM (Selasa-Ahad)

3. Api-Api Ikan Bakar

Restoran Api-Api Ikan Bakar. Yang bestnya di sini sambil anda membuat pesanan, anda boleh mengambil gambar dan mencuci mata melihat suasana perkampungan tepi sungai ini. Restoran Api-Api merupakan tempat makan di Perlis yang menyediakan makanan laut yang segar gaya utara.

Alamat: Jalan Dato Ali, Bukit Tok Po, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Waktu Beroperasi: 5PM – 10.30 PM (Rabu-Isnin)

4. Warung Bang Teh

Warung Bang Teh yang amat terkenal dengan aneka jenis makanan. Kedai ini sesuai untuk anda yang inginkan satu tempat makan tetapi ada pelbagai jenis makanan. Di sini juga disediakan makanan seperti pulut ayam yang merupakan menu popular di sini, nasi ayam, koteaw sup, bihu sup, laksa, cendol, rojak, makanan Thai seperti ‘somtam berapi’ dan juga pencucui mulut seperti ais kacang (ABC Gunung) dan laihikang.

Alamat: LOT 3569, Jalan Padang Nyu, Kampung Hutan Lembah, 02600 Arau, Perlis
Waktu Beroperasi: 10AM – 10PM (Sabtu-Rabu)

5. Bain at Ehem Ehem

Kedai makan ni sangat sesuai untuk anda yang mencari tempat lepak pada waktu malam bersama keluarga atau rakan-rakan. Menu di sini mencampurkan makanan Barat dan tempatan. Nasi Daging Ehem Ehem, Kambing Golek dan Nasi Arab Ehem Ehem juga adalah menu popular di kedai ini. Oleh kerana nama menunya yang unik telah menarik ramai orang untuk mencuba menu ini dan menjadikannya popular dalam kalangan penduduk setempat.

Alamat: Nasi Daging Ehem Ehem, Tapak Pertubuhan Peladang, Taman Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Beroperasi: 6PM – 1AM (Selasa-Ahad)

Macam mana? menarik kan kedai makan di Perlis ni? Bukan je korang dapat menikmati permandangan kampung yang tenang dan segar, malah korang dapat makan makanan yang sedap dengan harga yang murah!

Sumber: Smartleisuretravel

Wan N

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

9 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

10 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

10 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

11 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

13 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

14 hours ago