popia gulung serunding

Setiap kali Syawal pasti wajib beli popia gulung serunding ni. Sekali makan pasti akan ‘ketagih’ sampai tak sedar dah hampir habis sebalang. Rupanya mudah je kalau nak buat sendiri popia gulung ni. Kalau korang ada serunding lebih, boleh lah cuba buat.

Tapi nak buat popia gulung ini memakan masa dan ketelitian untuk menggulung. Seorang pengguna Facebook, Hasifah Che Mat ada berkongsikan cara mudah dan cepat untuk menggulungnya. Jom lihat perkongsiannya di bawah.

Baca juga: Biskut Cornflakes Susu, Rangup Di Luar & Cair Di Mulut. Resipi Mudah Tanpa Guna Oven & Mixer!

CARA BUAT POPIA GULUNG SERUNDING

Bahan-bahan:

  • Sepeket popia 40pcs (jenama KG @ Spring Roll – tak cepat kering dan mudah dikendalikan)
  • 250gm sambal ikan @ serunding ikan
  • Air biasa – untuk melekatkan popia

Cara-cara:

  1. Popia dipotong empat.popia gulung serunding
  2. Kemudian potong segitiga.popia gulung serunding
  3. Susun dari atas ke bawah.popia gulung serunding
  4. Letakkan sambal ikan secukupnya.
  5. Temukan hujung segitiga atas ke tengah. Gulung dan lekatkan hujung popia dengan air.popia gulung serunding
  6. Tips untuk gulungan kemas, tekan sedikit gulungan popia sambil gulung. Lepas letak air, tekan sikit untuk pastikan lekatan kuat.
  7. Sebaiknya jemur selama lebih kurang 30 minit dulu popia yang telah digulung untuk popia yang lebih rangup.
  8. Goreng dengan api sederhana perlahan dan perlu dibalik-balikkan. Toskan, sejukkan seketika dan simpan dalam bekas kedap udara.popia gulung serunding

Kredit: Hasifah Che Mat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN