Categories: Makan Sini Best

Jenis Nasi Lemak Ikut Negeri, Setiap Satu Ada Rasa Istimewa Yang Tersendiri!

Kalau sebut nasi lemak, memang terus terbayang sambal, ikan bilis, timun dan telur. Tapi sebenarnya ada banyak jenis jenis nasi lemak di Malaysia, setiap negeri ada versi tersendiri.

Contohnya, di Terengganu ada nasi lemak sambal ikan tongkol, manakala di Kelantan sambalnya ada sentuhan manis. Di Johor pula, hidangannya lebih ringkas tapi tetap sedap.

Inilah yang menarik tentang nasi lemak. Asasnya sama, tapi apabila ikut negeri, rasanya boleh jadi sangat berbeza dan istimewa.

Baca juga: Selain Daun Pisang, Ada Daun Lain Yang Boleh Balut Nasi Lemak, Aroma Tetap Wangi & Menyelerakan!

JENIS JENIS NASI LEMAK IKUT NEGERI

1. Nasi Lemak Terengganu

Negeri Terengganu memang terkenal dengan nasi lemak mereka yang berbeza daripada negeri lain. Lauknya menggunakan ikan tongkol yang biasanya dikukus terlebih dahulu, kemudian dimasak bersama sambal pedas.

Sambalnya pula istimewa kerana bukan rasa cili giling mentah. Tapi rasa pekat, beraroma dan ada rasa pedas. Jadi, tidak hairanlah walaupun orang luar negeri, termasuk orang Kelantan sendiri, ramai yang mengakui keenakan nasi lemak Terengganu.

2. Nasi Lemak Negeri Sembilan

Kalau sebut Negeri Sembilan, kita akan teringat masakan lemak cili api. Jadi tidak hairanlah ada juga versi nasi lemak yang dipadankan dengan lauk pedas berlemak, contohnya ayam masak lemak cili api atau rendang daging. Memang pedas berapi tapi sedap!

3. Nasi Lemak Kelantan

Nasi lemak Kelantan pula ada pengaruh manis, bukan hanya rasa pedas semata-mata. Jadi apabila makan, anda akan rasa sambalnya lebih seimbang dari segi pedas dan manis.

4. Nasi Lemak Kedah

Nasi lemak di Kedah biasanya berwarna kuning hasil daripada tumisan bahan-bahan seperti bawang, halia, serai dan daun pandan, serta penggunaan santan dan serbuk kunyit atau halba.

Berbeza dengan nasi lemak biasa yang menggunakan santan untuk rasa lemak, nasi lemak Kedah mempunyai rasa yang lebih kompleks dan aroma yang unik kerana kaedah masakan yang ditumis.

Sambalnya pula berkuah dan tidak manis. Kadang-kadang, ada juga yang makan dengan gulai udang (kari udang).

5. Nasi Lemak Johor

Di Johor, nasi lemak sering dihidangkan dengan lauk yang lebih pelbagai. Antara yang popular ialah sambal udang geragau basah, sotong basah atau kering, kerang dan kupang.

6. Nasi Lemak Selangor & Kuala Lumpur

Versi ini paling ‘standard’ dan banyak dijual di seluruh Malaysia. Biasanya lengkap dengan sambal, timun, kacang, ikan bilis dan telur rebus. Tetapi di Kuala Lumpur dan Selangor, pilihan lauk lebih meluas. Ada ayam goreng berempah, paru goreng, kerang, malah sotong besar.

7. Nasi Lemak Sarawak & Sabah

Di Sarawak, nasi lemak kadang-kadang dihidang bersama lauk tradisional seperti sambal udang kering atau ikan masin goreng. Di Sabah pula, nasi lemak sering dihidangkan dalam saiz besar dengan lauk meriah, antaranya ayam goreng, telur mata dan sambal yang lebih pedas berbanding Semenanjung.

Bermula Ogos hingga September ini, MyResipi menganjurkan kempen Makan Sini Best bagi mengetengahkan nasi lemak terbaik di sekitar Lembah Klang. Pilihan rakyat, bukan pengkritik.

Calonkan dan undi nasi lemak kegemaran anda di www.myresipi.com/makansinibest dan saksikan siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara nasi lemak pilihan rakyat.

Jangan lupa juga untuk hadir ke acara kemuncak pada 9 Oktober 2025 dan jadi antara 100 pengunjung terawal yang berpeluang menikmati nasi lemak percuma serta produk tajaan eksklusif!

Sumber: Wikipedia

Baca juga: Petua Buat Sambal Nasi Lemak Tahan Lama, 4 Hingga 5 Hari Pun Masih Elok & Sedap!

Wan N

Recent Posts

Resipi Keria Kentang Manis Bersalut Gula, Tak Sangka Guna Ubi Jenis Ini Pun Sedap Hasilnya

Resepi keria kentang ini sesuai dicuba kalau ada lebihan kentang di dapur. Daripada dibiarkan lama…

1 hour ago

Khairul Aming Lancar Produk Baharu ‘Sambal Nyet Bilis’, Tampil Dengan Rasa Berbeza & Lebih Kick!

Selepas berbulan-bulan menyimpan rahsia dan melakukan persediaan rapi, produk baharu Khairul Aming iaitu Sambal Nyet…

2 hours ago

Resipi Sambal Kering Ikan Pedas Manis, Lauk Simple Tapi Memang Nikmat Dengan Nasi Panas

Sambal kering ikan antara lauk yang mudah disediakan tetapi cukup menyelerakan. Gabungan ikan goreng yang…

4 hours ago

Resipi Sup Kosong Ala Kedai Makan, Boleh Juga Dijadikan Kuah Asas Untuk Aneka Menu Sup

Sup kosong sering menjadi pelengkap wajib apabila kita makan di kedai tomyam. Biasanya bila pesan…

5 hours ago

Cara Masak Tempe Guna Air Fryer, Rangup Sedang Elok & Tak Keras Macam Kerepek

Cara memasak tempe sebenarnya tidak semestinya perlu digoreng dalam minyak yang banyak. Jika anda mempunyai…

8 hours ago

Daun Rosemary Bukan Sekadar Herba Masakan, Boleh Buat Spray Rambut Agar Lebih Lebat & Kurang Gugur

Daun rosemary bukan sahaja terkenal sebagai herba yang menaikkan aroma dalam masakan, malah ramai turut…

3 days ago