Categories: Resipi

Wanita Kongsi Resipi Apam Kampung Kesukaan Ibu Mentua, Senyum Sampai Ke Telinga!

Dalam banyak-banyak kudapan yang enak, kuih tradisi yang paling dekat di hati. Apatah lagi apabila dapat buat resipi Apam Kampung untuk keluarga, lebih bertambah nikmatnya.

Sesetengah orang apabila sebut kuih apam, terus teringat nostalgia zaman kecil-kecil dulu. Kuih ini antara juadah kampung yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Seperti kisah Hadirah Shafee ini, katanya jika buat kuih Apam Kampung dan hantar ke rumah ibu mertuanya, pasti disambut dengan senyuman. Jom kita tengok cara membuatnya!

Baca juga: Resepi Apam Santan Warna-Warni, Kukus 10 Minit Saja Dapat Hasil Gebu Cantik!

RESIPI APAM KAMPUNG

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan semua bahan ke dalam bekas, kacau sampai sebati.

2. Perap adunan lebih kurang 1 jam dalam keadaan bertutup.

3. Sapu sedikit minyak pada acuan atau loyang, tuang adunan (jangan kacau lagi adunan).

4. Kukus selama 15 minit (guna acuan kecil) atau 1 jam jika guna loyang, sehingga apam masak sempurna.

Resipi Apam Kampung ini memang ringkas dan caranya mudah, tapi hasilnya boleh buat hati jadi berbunga apabila dapat berkongsi dengan orang tersayang.

Dengan resipi mudah ini, tak mustahil apam kampung boleh jadi antara kuih wajib ada setiap kali minum petang di rumah. Bau harum kukusan, tekstur gebu dan rasa manisnya cukup buat kita rasa puas hati.

Selamat mencuba!

Sumber: Hadirah Shafee

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Apam Nasi Turun-Temurun Dari Ibu, Lembut & Gebu Hasilnya!

Aimi

Recent Posts

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

32 mins ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

1 hour ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

4 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

4 hours ago

Resepi Ayam Masak Padang Tanpa Santan, Kuah Pekat Dengan Rasa Rempah Pedas Masam!

Resepi ayam masak padang sesuai dicuba bagi penggemar lauk berempah yang kaya dengan rasa dan…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Cili Api Pedas Menyengat… Menu Makan Malam ‘Anti-Diet’, Memang Tak Cukup!

Ayam masak cili api antara menu makan malam yang sesuai untuk penggemar hidangan pedas. Rasa…

1 day ago