
Hari Raya Aidilfitri memang tak lengkap tanpa rendang. Selain rendang ayam, rendang daging hitam ini juga tidak kurang hebatnya. Rasanya yang kaya dengan rempah ratus dan teksturnya yang lembut pasti memikat selera sesiapa sahaja.
Rendang daging hitam ini mempunyai keistimewaan tersendiri, di mana ia dimasak sehingga kuah menjadi pekat dan gelap. Ia memberikan rasa yang lebih mendalam dan berbeza dari rendang biasa.
Sebenarnya ia bukan sahaja hidangan istimewa di Hari Raya, tetapi juga boleh dinikmati pada bila-bila masa. Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh di bawah.
Baca juga: Resipi Rendang Udang Pedas & Cukup Rasa, Tetamu Tak Henti Puji ‘Sedap’!
RESEPI RENDANG DAGING HITAM

Bahan-bahannya:
- Daging 2kg (boleh guna lembu, ayam dan daging lain)
- 20 biji bawang merah kecil dihiris
- 1 inci halia dihiris
- Bahan kisar (2 inci halia, 2 biji bawang besar India, 2 inci lengkuas, 3 batang serai, 3 ulas bawang putih)
- 5 senduk cili kering kisar
- 1kg santan pekat
- 5 biji buah keras
- 7 biji gajus
- 7 biji badam
- 2 ketul gula melaka mini
- 1 sudu besar pes asam jawa
- 1 senduk kerisik
- Garam secukup rasa
Cara memasak:
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Goreng bawang merah dan halia yang telah dihiris hingga kehitaman, seperti bawang goreng.
- Apabila bawang sudah hitam, masukkan cili kering kisar dan masak hingga pecah minyak.
- Masukkan bahan kisar dan masak lagi hingga pecah minyak sekali lagi.
- Setelah pecah minyak, masukkan daging yang telah dibersihkan. Jangan masukkan air. Biarkan air daging keluar sendiri.
- Kacau rata. Air daging akan keluar dan mula berkuah.
- Bila daging dah semakin menghitam, masukkan santan dan kacau rata.
- Sambil itu, tumbuk buah keras, gajus dan badam, kemudian masukkan ke dalam kuali. Kacau rata.
- Setelah pecah minyak dan masak selama lebih kurang 1 jam setengah, masukkan gula melaka.
- Masukkan kerisik dan asam jawa. Kalau nak masukkan garam, boleh masukkan pada waktu ini.
- Kacau lagi hingga kuah pekat.
- Bila dah semakin pekat dan menghitam, boleh masukkan daun kunyit (jika suka, saya tak masukkan).
- Dah siap! Lagi lama dimasak, lagi kering dan pekat, lagi hitam warnanya. Tak perlu letak kicap!
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad
Baca juga: Cara Masak Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, Kegemaran Satu Keluarga!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














