ikan tongkol masak kicap

Resipi ikan tongkol masak kicap ini memang sesuai untuk mak-mak yang sibuk dan ada anak ramai. Cara masaknya cepat, tapi tetap membuka selera.

Walaupun ringkas, rasanya tetap padu dan sedap. Anak-anak pun confirm makan bertambah sambil puji masakan mak!

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Puan Raha Md Sarip di bawah.

Baca juga: Resipi Ikan Masak Asam Simple, Tak Guna Banyak Rencah Tapi Sedap Cukup Rasa!

RESEPI IKAN TONGKOL MASAK KICAP

ikan tongkol masak kicap

Bahan-bahan:

  • Ikan tongkol putih (boleh juga guna ayam, daging atau telur goreng jika suka)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia secukupnya
  • Rempah ratus secukupnya
  • Kicap secukupnya
  • Sos secukupnya
  • Cili padi secukupnya

Cara-cara:

  1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit, kemudian goreng sehingga masak. Ketepikan.
  2. Potong bawang besar, bawang putih, halia, rempah ratus dan cili padi. Goreng semua bahan sehingga agak layu dan wangi.
  3. Masukkan sos dan kicap. Gaul rata dan biarkan mendidih.
  4. Tutup api. Biarkan sejuk sedikit sebelum masukkan ikan yang telah digoreng. Cara ini memastikan ikan kekal rangup dan tidak lembik.
  5. Siap! Hidangkan dengan nasi panas, sambal belacan dan telur dadar.

Sumber: Raha Md Sarip

Baca juga: Resipi Ikan Bawal Masam Manis, Lauk Ringkas Anak Confirm Makan Licin!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN