Categories: Resipi

Resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka, Lauk Ringkas Sampai 3 Kali Tambah Nasi!

ikan tenggiri masak cukaikan tenggiri masak cuka

Mungkin ada yang belum pernah mencuba ikan tenggiri masak cuka ini. Tapi percayalah, hidangan ini pasti membuatkan anda ingin tambah nasi lebih dari satu pinggan!

Cara penyediaannya juga sangat mudah dan ringkas. Jadi, apa kata kita cuba ikan masak cuka ini. Jika tiada ikan tenggiri, boleh juga gantikan dengan ikan merah, ikan tongkol atau apa sahaja jenis ikan yang disukai.

Baca juga: Resipi Acar Ikan Masin Talang Homemade, Lauk ‘Power’ Penambah Selera!

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK CUKA

ikan tenggiri masak cukaikan tenggiri masak cuka

Bahan-bahan:

  • Ikan tenggiri atau ikan lain (digoreng)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Biji sawi
  • Air
  • Cuka makan
  • Cili api
  • Timun (optional)
  • Bahan perasa (mengikut cita rasa)

Cara-cara:

  1. Mulakan dengan menumis bawang merah, bawang putih, halia dan biji sawi dalam minyak panas hingga wangi dan harum.
  2. Selepas itu, masukkan air dan cuka, biarkan ia mendidih seketika.
  3. Apabila air mula mendidih, masukkan cili api dan timun (jika suka). Biarkan ia sebati bersama bahan-bahan lain.
  4. Tambahkan perasa seperti garam, gula atau serbuk perasa mengikut cita rasa anda.
  5. Setelah itu, masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng tadi, kacau rata supaya semua bahan tercampur dengan baik.
  6. Biarkan seketika agar rasa meresap ke dalam ikan.
  7. Setelah itu, hidangan ikan tenggiri masak cuka siap untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Khazinatulasrar Anis

Baca juga: Rahsia Sambal Ikan Bilis Pekat & Tak Cair, Sedap Sampai Ramai Tanya Resipi!

Nasiha

Recent Posts

Cara Celur Sayur Agar Tak Bertukar Lebam, Warna Pun Kekal Hijau & Segar!

Cara celur sayur adalah penting untuk dipelajari agar sayur-sayuran tetap segar dan berwarna hijau. Jika…

3 hours ago

9 Jenis Pes Wajib Ada Sebelum Bulan Puasa, Simpan Seketul-Seketul, Boleh Guna Sampai Raya!

Ramai yang mula buat persiapan untuk bulan Ramadan yang bakal tiba. Mulai sekarang, anda perlu…

6 hours ago

Resipi Sardin Dengan ‘Baked Beans’, Sedap Cicah Lempeng Lembut!

Cara masak sardin tin dengan ‘baked beans’ ini pasti belum pernah dicuba oleh ramai orang.…

6 hours ago

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan, Dapat Hasil Bersarang Sempurna

Apabila ada masa lapang, pasti ramai yang cuba buat kek yang lazat di rumah. Jika…

7 hours ago

Ikan Masak Merah Yang Paling Mudah, Sedapnya Macam Air Tangan Ibu

Nampak ikan dalam peti sejuk, terus terfikir nak buat Ikan Masak Merah. Mana taknya, lauk…

9 hours ago

Tips Goreng Ikan Tak Meletup & Tak Melekat Pada Kuali, Teknik Ini Serius Menjadi!

Semua orang suka makan ikan goreng sebagai hidangan lauk bersama nasi. Kali ini, kami nak…

10 hours ago