Categories: Informasi

9 Jenis Pes Wajib Ada Sebelum Bulan Puasa, Simpan Seketul-Seketul, Boleh Guna Sampai Raya!

Ramai yang mula buat persiapan untuk bulan Ramadan yang bakal tiba. Mulai sekarang, anda perlu sediakan beberapa jenis pes supaya mudah kerja memasak sepanjang bulan Ramadan.

Pes masakan adalah salah satu bahan paling penting di dapur. Maklumlah bulan Ramadan kena pandai bahagikan masa dan tenaga, jadi pes ini pasti akan membantu anda nanti.

Kali ini, kami senaraikan beberapa jenis pes wajib ada sebelum bermulanya bulan puasa. Bukan saja mudah digunakan, malah lebih jimat dengan cara ini. Jom kita tengok senarainya!

Baca juga: Tips Pilih Dan Cara Rendam Bihun Mengikut Jenis, Hasil Cukup Puas Hati!

9 JENIS PES WAJIB ADA SEBELUM BULAN PUASA

1. Pes bawang merah.

Cara-cara menyediakan:

  1. Kisar bawang merah mengikut kuantiti yang dimahukan.
  2. Masukkan dalam bekas buat ais batu.
  3. Bekukan beberapa jam dalam peti sejuk.
  4. Simpan dalam bekas bertutup.

2. Pes bawang putih campur halia kisar.

Cara-cara menyediakan:

  1. Kisar bawang putih bersama halia (ikut suka berapa banyak).
  2. Masukkan dalam bekas buat ais batu.
  3. Letak sedikit minyak masak supaya mudah pejal dan tak hancur.
  4. Bekukan beberapa jam dalam peti sejuk.
  5. Simpan dalam bekas bertutup.

3. Pes bawang putih.

Cara-cara menyediakan:

  1. Kisar bawang putih mengikut kuantiti yang dimahukan.
  2. Masukkan dalam bekas buat ais batu.
  3. Bekukan beberapa jam dalam peti sejuk.
  4. Simpan dalam bekas bertutup.

4. Pes halia.

Cara-cara menyediakan:

  1. Kisar halia (ikut suka nak berapa banyak).
  2. Masukkan dalam bekas buat ais batu.
  3. Bekukan beberapa jam dalam peti sejuk.
  4. Simpan dalam bekas bertutup.

5. Pes cili merah (cili boh).

Cara-cara menyediakan:

  1. Panaskan cili kering (1 paket), 2 bawang merah dan beberapa ulas bawang putih supaya lembut.
  2. Masukkan minyak masak dan garam sebagai perasa supaya tahan lama.
  3. Kisar sampai lumat.
  4. Simpan dalam bekas bertutup.

6. Pes sambal belado.

Cara-cara menyediakan:

  1. Kisar 6 bawang merah kecil, 1 bawang merah besar, 1 labu bawang putih, cili merah, cili padi supaya lebih pedas dan 1 biji tomato sampai lumat.
  2. Tumis dan masukkan serai, gula melaka, air asam jawa, sos tiram, sos plum, sos ikan, perasa dan garam.
  3. Masukkan dalam bekas buat ais batu.
  4. Bekukan beberapa jam dalam peti sejuk.
  5. Simpan dalam bekas bertutup.

7. Pes masak lemak cili api.

Cara-cara menyediakan:

  1. Kisar segenggam cili padi, cili hijau dan 5 kunyit hidup.
  2. Tumis dengan 2 serai yang ditumbuk supaya segarnya tahan lama.
  3. Masukkan dalam bekas buat ais batu.
  4. Bekukan beberapa jam dalam peti sejuk.
  5. Simpan dalam bekas bertutup.

8. Pes stok sambal (ibu sambal).

Cara-cara menyediakan:

  1. Guna lebihan pes bawang merah dan bawang putih, kemudian masukkan 3 sudu makan cili boh (letak lebih jika suka pedas).
  2. Tumis bersama gula Melaka, garam, perasa dan sekeping asam keping.
  3. Masukkan dalam bekas buat ais batu.
  4. Bekukan beberapa jam dalam peti sejuk.
  5. Simpan dalam bekas bertutup.

9. Pes asam pedas atau rendang.

Cara-cara menyediakan:

  1. Kisar 2 hingga 3 serai, 8 bawang merah, 5 labu bawang putih, halia sebesar ibu jari, 8 cili kering, ½ inci lengkuas, 2 sudu makan cili boh dan 2 hingga 3 kunyit hidup.
  2. Tumis bersama gula Melaka, garam, perasa dan sekeping asam keping.
  3. Masukkan dalam bekas buat ais batu.
  4. Bekukan beberapa jam dalam peti sejuk.
  5. Simpan dalam bekas bertutup.

Bekas buat ais memudahkan anda untuk memotong pes mengikut saiz yang diinginkan. Dengan menggunakan beberapa jenis pes ini, nak guna sampai raya pun boleh kerana ia tahan lama.

Selamat berpuasa!

Sumber: rumasafinaqi

Baca juga: 5 Jenis Santan Kotak Dan Kegunaannya, Kena Tahu Mana Yang Sesuai Untuk Masak Lebih Sedap

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago