Categories: Resipi

Resepi Pau Kampung Putih Gebu, Ikut Tips Ini Dijamin Lembut Dan Tak Kecut!

Tak kira waktu pagi atau petang, pantang nampak pau, mesti tak sabar nak makan. Lebih-lebih lagi jika dapat buat resepi Pau Kampung gebu ini, memang seronok tak terhingga.

Noor Ali telah kongsikan resepi Pau Kampung gebu di Facebook dan kami begitu kagum melihat hasilnya yang cukup memuaskan. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Kukus Pau Supaya Cantik Dan Tak Kecut, Sesuai Untuk Yang Baru Belajar

RESEPI PAU KAMPUNG GEBU

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • ½ paket yis
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan air (sukatan air boleh ditambah jika doh masih liat)
  • 2 sudu besar shortening
  • 1 sudu kecil garam
  • Minyak masak (masa ulian)

Cara-cara membuat:

1. Potong daun pisang dan basuh bersih, kemudian lapkan daun dan ketepikan.

2. Campurkan semua bahan kecuali air dan gaul rata jadi berserbuk, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli.

3. Uli selama 10 minit dan biarkan sekejap.

4. Masukkan 1 sudu besar minyak masak dan uli lagi selama 5 minit.

5. Tambahkan 1 sudu besar minyak masak lagi dan tengok kejadian doh. Jika masih liat, masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli sampai jadi doh yang lembut.

6. Biarkan doh kembang 30 hingga 40 minit dalam bekas kedap udara (bergantung kepada suhu persekitaran kerana semakin tinggi suhu, semakin cepat doh mengembang).

7. Apabila doh sudah kembang, keluarkan dari bekas dan uli sekejap untuk buangkan angin.

8. Ambil sedikit adunan dan bentukkan bebola kecil, kemudian tekan dan ratakan sedikit di bahagian tengah serta masukkan inti. Setelah itu, ditutup dan letakkan di atas potongan kecil daun pisang (nak guna potongan kertas pun boleh).

9. Susun dalam bekas (tray) kukusan dan biarkan sekejap dalam 30 hingga 40 minit.

10. Boleh didihkan air. Doh akan terus kembang dan menunggu untuk dikukus.

11. Apabila air sudah mendidih, kukuskan pau selama 8 hingga 10 minit. Siap!

Jika guna 1kg tepung gandum dalam resepi Pau Kampung gebu ini, bahagikan kepada 32 bahagian dan kukus 8 hingga 10 minit. Jika kecil dari saiz ini, kukus 7 minit saja.

Jangan lupa untuk balut penutup kukusan dengan kain bagi mengelakkan wap jatuh di atas pau. Bagi mengelakkan pau mengecut atau kedut, jangan kukus terlalu lama.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Ali

Baca juga: Cara Buat Kuih Pau Sambal Yang Mudah, Besar Dan Gebu Bukan Main Lagi!

Aimi

Recent Posts

Resipi Mi Hailam Penuh Lauk & Kuah Pekat, Sekali Hidang Terus Semua Nak Cedok!

Resipi mee hailam sedap ini sesuai untuk makan malam kerana menggabungkan mi kuning dengan ayam,…

16 mins ago

12 Makanan Warna Hitam Yang Rupanya Penuh Nutrisi, Jangan Pandang Sebelah Mata!

Bila sebut pasal makanan sihat, mesti ramai antara kita terbayang pinggan yang penuh dengan sayur-sayuran…

49 mins ago

Resipi Sweet Potato Balls, Bila Gigit Rangup Di Luar & Lembut Kenyal Di Dalam

Kalau pernah beli sweet potato balls masa jalan-jalan di Cameron Highlands, mesti tahu jajan ini…

2 hours ago

Bawang Kisar Tahan Lama, Ini 7 Petua Mudah Supaya Tak Cepat Berair & Rosak

Nak kerja memasak jadi lebih cepat? Buat stok bawang kisar tahan lama boleh jadi cara…

4 hours ago

Tak Sangka Baked Milk Custard Semudah Ini Nak Buat, Lembut & Cair Dalam Mulut!

Baked milk custard antara pencuci mulut yang menarik perhatian kerana teksturnya yang lembut, gebu dan…

4 hours ago

Resipi Telur Dadar Goreng Crispy, Rangup Macam Kulit Ayam Pasar Malam

Telur dadar goreng ini memang lain daripada telur dadar biasa. Telur dibuat nipis dan garing…

4 hours ago