Categories: Resipi

Resipi Jeruk Nanas Cara Orang Pantai Timur, Makan Sejuk-Sejuk Boleh Buat Ketagih!

Resipi jeruk nenas yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini memang unik dan lain dari yang lain. Pasti ramai yang pertama kali lihat jeruk nenas ini bukan?

Menurut empunya resipi, Asmah Za’ba, dia juga pertama kali mencuba jeruk ini selepas berkahwin dengan suaminya yang berasal dari Pantai Timur.

Bagi yang belum pernah makan, jeruk nenas ini memang wajib dicuba! Rasanya cukup sedap, terutamanya jika dimakan sejuk. Pasti membuatkan anda ketagih!

Baca juga: Aiskrim Jeruk Pauh, Buat Sendiri Lagi Puas! Lama Tak Nampak Orang Jual Ini

CARA BUAT JERUK NENAS

Bahan-bahan:

  • Nenas (dipotong kecil)
  • Cuka makan (2-3 sudu besar)
  • Nisan kerek (1 keping, ditumbuk hancur)
  • Gula (1-2 sudu besar)
  • Garam (1/2 – 1 sudu teh)
  • Cili kisar (1-2 sudu besar)
  • Belacan (agak-agak)
  • Air masak (agak-agak, secukupnya untuk tenggelamkan separuh kuantiti nenas)

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan kecuali nenas dalam satu bekas. Kacau sebati hingga gula larut.
  2. Tuangkan campuran perapan ini ke atas nenas yang telah dipotong kecil.
  3. Kacau rata agar nenas terperap dengan sempurna.
  4. Simpan dalam peti sejuk. Anda akan melihat kuahnya bertambah banyak kerana air dari nenas akan keluar.
  5. Jeruk ini akan rasa masam-masam manis, sesuai untuk dimakan bila-bila masa!

Kredit resipi dan gambar: Asmah Za’ba

Baca juga: Cara Buat Jeruk Pauh Yang Rangup Kruk Krak, Sekali Makan Jadi Ketagih!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

10 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

11 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

11 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

12 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

12 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

13 hours ago