Categories: Resipi

Ikan Sambal Taucu Cabai Burung, Sedap Makan Dengan Nasi Panas-Panas!

Resipi Ikan Sambal Taucu Cabai Burung ini sangat mudah dimasak. Taucu adalah makanan yang berasal dari China dan sangat popular di kalangan masyarakat Indonesia.

Cara memasaknya berbeza dengan hidangan masakan taucu yang biasa kita makan. Ikan akan digoreng terlebih dahulu sebelum dicampur dengan sambal taucu yang dimasak dengan cili kisar dan kacang taucu.

Baca juga: Cara Buat Ayam Kukus Masak Taucu Pedas Halal, Tinggal Gaul & Kukus Je

Ikan dan kuah akan dimasak berasingan sebelum ia disatukan untuk dihidang. Tujuannya adalah untuk ikan dimakan garing bersama sambal taucu.

Resipi ini telah dikongsikan oleh AdikFoods. Dan hasil perkongsiannya sudah tentu ramai yang ingin mencuba resipi ini.


RESIPI IKAN SAMBAL TAUCU CABAI BURUNG

Adik’s Ikan Sambal Taucu Cabai Burung. Kalau rasa tak sedap badan, makan masakan macam ni terus lalu makan. Moh le buat! Ikan tu saya guna ikan siakap. Nak guna ikan lain pun boleh. Ayam pun sedap masak sambal taucu ini.

Bahan-bahan:

  • Ikan Goreng 500g
  • Serbuk kunyit ikan Adabi
  • Garam Adabi

Bahan-bahan kisar:

  • 1 biji cili padi 3 biji cili merah (nak guna semua cili padi pun boleh)
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia muda

Bahan-bahan lain: 

  • ⅓ cawan Taucu kasar (saya guna Taucu Opah Nur)
  • 1 cawan air
  • ½ sdb Asam Jawa Xtra Adabi
  • 2 biji bawang besar – hiris bulat 3 biji cili merah / hijau – belah dua
  • Serbuk perasa ikut selera

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng ikan yang sudah digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Angkat, tos dan ketepikan.

2. Selepas itu, kisarkan ke semua bahan-bahan kisar yang sudah disenaraikan di atas. Kisar tanpa air.

3. Tumis bahan kisar sehingga naik minyak. Masukkan taucu.

4. Masukkan pula pes asam jawa, secawan air dan serbuk perasa secukupnya. 

5. Tumis sekejap kemudian masukkan bawang besar. Bila bawang besar dah layu, masukkan pula cili merah dan hijau beserta ikan yang sudah digoreng tadi. Gaul rata.

6. Boleh tutup api dan masukkan dalam pinggan lauk. Sedia untuk dihidang.

Video penuh:

@adikfoods

#ForYouMalaysia Adik’s Ikan Sambal Taucu Cabai Burung. Kalau rasa tak sedap badan, makan masakan macam ni terus lalu makan😅. Moh le buat! Ikan tu saya guna ikan siakap. Nak guna ikan lain pun boleh. Ayam pun sedap masak sambal taucu ni. . 🔘 Kredit lagu latar : Nak Dara Rindu . 🅱️ Bahan- bahan ▪️Ikan Goreng 500g ikan Serbuk kunyit Adabi Garam Adabi ▪️Bahan Kisar 11 biji cili padi 3 biji cili merah (nak guna semua cili padi pun ok) 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2 in halia muda ▪️Bahan lain ⅓ cwn Taucu kasar ( saya guna Taucu Opah Nur) 1 cwn air ½ sdb Asam Jawa Xtra Adabi 2 biji bawang besar – hiris bulat 3 biji cili merah / hijau – belah dua Serbuk perasa ikut selera . #adikfoods #adikfoodsrecipe #makanlokal #foryou #foryourpage #recipesforyou #fyp #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #tiktokbrunei #tiktoksingapore

♬ original sound – AdikFoodS – AdikFoodS


Selamat mencuba resipi Ikan Sambal Taucu Cabai Burung ini.

Sumber: TikTok AdikFoods

Baca juga: Ikan Tenggiri Sambal Hijau, Resipi MUDAH Tak Jemu Makan Dibuatnya!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

1 day ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

1 day ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

1 day ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

1 day ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

1 day ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

1 day ago