Kali ini mari buat Ikan Masin Kurau Bersos Tiram yang sedap dan menangkap rasa. Bahannya tak banyak pun. Bila goreng cili kering, minyak hasil gorengan itu akan lagi sedap.
Bukan itu saja, tambahkan lagi sos tiram lebih sebagai bahan perasanya. Kenapa ikan masin kurau? Sebab isinya lembut dan tebal. Selama ini ikan masin kurau sering dibuat masak lemak atau gulai kari saja.
Baca juga: Cara Buat Kari Terung Ikan Masin Kurau, Mesti Naik Selera!
Kalau gaulkan dengan nasi panas, mahunya makan bertambah-tambah. Memang MyResipi ‘rekemen’ anda cuba resipi ni. Boleh ikuti perkongsian resipi dari Cik Puan Nurul Ateekah yang mudah dan ringkas ini.
Akan ada rasa perbezaan lauk ini dan juga ikan masin goreng bawang yang biasa selama ini biasa anda buat.
P/s: Jangan lupa sambal belacan~
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak , masukkan ikan masin dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, daun kari dan cili kering sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram dan garam, kemudian gaulkan.
4. Masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi , Gaulkan rata.
5 . Angkat dan siap untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Nurul Ateekah
Baca juga: Jeruk Ikan Masin Tenggiri Homemade, Tahan Berbulan Peram Dalam Bekas Ini
Resepi peria goreng crispy ini sesuai untuk yang suka rasa rangup dan mahu peria tahan…
Bendi goreng berlada telur sesuai dijadikan lauk ringkas untuk melengkapkan hidangan harian. Gabungan bendi yang…
Jom cuba buat rice pudding atau dalam bahasa Arab dikenali sebagai Ruz Bil Laban. Pencuci…
Nak cari cara mudah masak pulut yang tak memerlukan banyak langkah? Teknik yang dikongsikan oleh…
Kalau suka hidangan udang yang rangup dengan salutan berlemak dan wangi, udang butter nestum ini…
Ayam masak kengsom mungkin tidak seperti versi ikan, tetapi lauk ini memang menarik untuk dicuba.…