ikan lengat kukus

Mari cuba buat sendiri Ikan Lengat Kukus. Hanya menggunakan empat bahan sahaja. Ikan jenis ini merupakan pilihan yang popular dengan menu yang ringkas terutamanya di pantai-pantai timur.

Kelazatan dan kemudahan penyediaannya menjadikan sajian ala kampung ini diminati oleh banyak orang. Ikan lengat kukus sering kali dihidangkan dengan pelbagai rempah dan kuah untuk meningkatkan lagi citarasa.

Baca juga: Cara Buang Bisa Ikan Tongkol Yang Ramai Tak Tahu, Tak Gatal-Gatal Lagi Dah!

Ia adalah hidangan tradisional yang sering ditemui dalam masakan ala kampung dan sering menjadi pilihan utama kerana rasa yang sedap dan cara penyediaan yang mudah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, lengat merujuk kepada proses kukus. Di beberapa negeri di Pantai Timur, ikan lengat juga dikenali sebagai ikan kukus.


CARA BUAT IKAN LENGAT KUKUS

ikan lengat kukus

Bahan-bahan:

  • 1½ kilogram ikan (Zainoor menggunakan ikan sardin/ selayang)
  • 15 keping asam keping 
  • Garam secukupnya 
  • Sepotong kecil nise kerak Kelantan

Cara-cara penyediaan: 

1. Basuh bersih ikan dan masukkan ke dalam loyang.

2. Letakkan asam keping, garam dan manisan Kelantan.

3. Didihkan air pengukus. Apabila air telah mendidih, kukus ikan selama 30 minit.

4. Keluarkan ikan daripada pengukus dan sejukkan. Selepas ia sejuk bolehlah menyimpannya di dalam peti ais.

5. Keluarkan apabila ia hendak dimakan. Ia boleh disesuaikan dengan juadah kegemaran sama ada goreng, gulai lemak cili api, kari, goreng berlada atau kerutuk.

ikan lengat kukus


Selamat mencuba. Sedap ikan lengat ini nak dibuat gulai lemak, rendang ataupun gulai nasi dagang. 

Sumber: Zainoor Ali

Baca juga: Petua Pilih Ikan Pari Segar, Pari Hancing Sebab Datang Bulan Hanya Mitos!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN