Menyediakan bekal anak ke sekolah bukan selalu mudah. Kadang-kadang, kita dah sediakan penuh kasih sayang, tapi anak balik dengan baki makanan banyak. Tapi jangan risau, dengan sedikit kreativiti, anda boleh hasilkan idea bekal yang sihat, mudah, dan confirm habis dimakan!
Bekal yang menarik bukan sahaja dari segi rupa, tapi juga dari segi rasa. Anak akan lebih teruja untuk makan apabila menu pelbagai, warna-warni dan sesuai dengan selera mereka. Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa idea bekal yang mudah disediakan, cepat dan sesuai untuk anak.
Baca juga: 8 Jenis Buah Sesuai Letak Dalam Bekal, Yang Lain Boleh Cepat Rosak!
1. Sandwic telur, nugget, jagung rebus dan kudap-kudapan
2. Nasi putih, ayam goreng, sayur goreng, buah-buahan dan kek
3. Nasis goreng, ayam goreng, buah dan kek
4. Nasi goreng, nugget, sayur dan buah oren
5. Wrap, nugget dan air kotak
7. Nasi goreng, timun, nugget dan buah anggur
8. Mi goreng, telur gulung, buah pisang dan kudap-kudapan
9. Nasi putih, ayam goreng, telur dadar, buah oren dan kudap-kudapan
10. Nasi goreng, ayam goreng, buah anggur dan biskut
11. Nasi goreng, ayam goreng, biskut dan buah oren
12. Nasi goreng, ayam goreng, biskut dan buah pisang
13. Spageti, buah-buahan dan kudap-kudapan
Dengan sedikit kreativiti, menyediakan idea bekal untuk anak ke sekolah bukan sahaja mudah, tapi juga menyeronokkan. Anak pun pasti makan sampai habis, dan anda tidak perlu risau tentang baki makanan setiap hari.
Sumber: نورمايا صفا عصمان
Baca juga:
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…