Ada pelbagai jenis-jenis buah boleh diletakkan dalam bekal makanan untuk dibawa ke tempat kerja atau sekolah.
Namun begitu, ada juga buah yang tidak sesuai dijadikan bekal kerana cepat basah dan berair. Sekaligus merosakkan kualiti makanan lain, lebih lagi jika dibiarkan lama.
Oleh itu, MyResipi ingin kongsikan senarai buah-buahan yang boleh diletakkan dalam bekas makanan. Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!
Baca juga: Idea Menu Bekal ‘Jimat Poket’ Ke Tempat Kerja Mengikut Hari, Seminggu Makan Sedap!
JENIS-JENIS BUAH YANG SESUAI UNTUK BEKAL
1. Epal
Epal adalah pilihan yang baik kerana ia tahan lama dan tidak mudah hancur dalam beg. Ia kaya dengan serat, vitamin C, dan antioksidan yang baik untuk kesihatan jantung dan pencernaan.
2. Anggur
Anggur buha yang kecil, mudah dimakan, dan senang dibawa. Ia juga kaya dengan vitamin C, K, dan antioksidan yang baik untuk kesihatan kulit dan sistem imun.
3. Oren
Buah oren mudah dikupas dan boleh dimakan dengan cepat. Buah ini kaya dengan vitamin C dan serat yang baik untuk menguatkan sistem imun dan menjaga keseimbangan gula darah.
4. Kiwi
Kiwi kecil dan mudah dibawa serta dimakan.
Tinggi dengan vitamin C, K, serat, dan antioksidan untuk meningkatkan sistem pencernaan dan memperbaiki fungsi kulit.
5. Pisang
Pisang adalah pilihan yang bagus kerana mudah dibawa dan memiliki kulit yang dapat melindungi buahnya.
Kaya dengan kalium, vitamin C, dan vitamin B6 yang baik untuk kesehatan jantung dan fungsi otot.
6. Strawberi dan blueberry
Strawberi adalah sumber vitamin C dan mangan yang sangat baik dan juga mengandungi jumlah folat (vitamin B9) dan kalium yang tinggi. Blueberry pula sering dilabelkan sebagai super-fruit kerana ia rendah kalori dan sangat tinggi dalam antioksidan.
Simpan dalam bekas yang kedap udara mengelakkan ia hancur dan tahan lama.
7. Tomato ceri
Ceri adalah sumber serat yang baik, yang membantu memastikan sistem pencernaan anda sihat.
Buah ini bersaiz gigitan, penuh dengan vitamin A dan C dan menambah warna pada bekal makanan.
8. Pear
Buah yang berair, manis dan menyegarkan ini kaya dengan vitamin C dan antioksidan. Ia juga penuh dengan serat yang membantu anda berasa lebih kenyang lebih lama.
Sumber: LiveWell Dorset
Baca juga: Jenis Lunch Box Untuk Ke Pejabat, Tinggal Pilih Nak Guna Yang Mana