jagung rebus

Jagung rebus sememangnya antara snek kegemaran ramai. Ia mudah disediakan, mengenyangkan dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Namun, untuk mendapatkan hasil jagung yang lembut, manis dan wangi semula jadi, teknik merebus yang betul sangat penting.

Ramai tidak tahu bahawa jagung boleh menjadi keras dan kurang manis jika garam dimasukkan terlalu awal ke dalam air rebusan. Walaupun nampak seperti langkah kecil, sebenarnya waktu meletakkan bahan seperti gula dan garam memainkan peranan besar dalam menentukan rasa dan tekstur jagung.

Dengan cara dan turutan yang betul, jagung boleh kekal lembut, tidak kecut dan mempunyai rasa manis semula jadi tanpa perlu ditambah perisa lain. Teknik ini hanya menggunakan bahan asas yang tidak rumit sama sekali!

Baca juga: Petua Kacang Tanah Yang Rangup & Wangi, Rupanya Kena Goreng Ikut Cara Ini!

TIPS JAGUNG REBUS SUPAYA LEMBUT, TAK KECUT & WANGI SEMULA JADI

jagung rebus

Berikut merupakan langkah-langkah mudah merebus jagung dengan cara yang betul, lengkap dengan petua supaya hasilnya masak cantik, tidak liat dan lembut:

  1. Panaskan air hingga mendidih terlebih dahulu.
  2. Buang kulit jagung, tetapi biarkan satu lapisan kulit paling dalam untuk kekalkan kelembapan. ‘Janggut jagung’ juga biarkan sahaja.
  3. Apabila air telah menggelegak, masukkan gula ke dalam air rebusan.
  4. Kemudian, masukkan jagung ke dalam air mendidih tersebut.
  5. Tutup periuk dan biarkan api kekal seperti semasa air mula mendidih.
  6. Setelah jagung masak, larutkan garam ke dalam air rebusan.
  7. Tutup semula periuk selama 1 minit.
  8. Angkat jagung dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Ashraf Shuib

Baca juga: Petua Cuci Kerak Kuali Yang Tebal, Hasilnya Berkilat Macam Baru!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN