buah oren

Tak dinafikan, buah oren antara buah paling digemari ramai. Ia boleh dimakan begitu saja, dibuat jus, dijadikan pencuci mulut atau campuran dalam salad. Tapi kalau tersalah pilih yang masam, terus hilang selera dibuatnya.

Ramai yang fikir kalau nak tahu oren itu manis atau tidak, kena rasa terlebih dahulu. Tapi sebenarnya, ada beberapa ciri yang boleh diperhatikan dari luar seperti warna, bentuk dan bahagian bawah buah yang boleh dijadikan petunjuk.

Jadi sebelum membelinya, ambil sedikit masa untuk periksa. Dengan cara yang betul, anda boleh dapatkan buah oren yang betul-betul manis, berjus dan puas hati bila dimakan!

Baca juga: Cara Pilih Buah Manggis Manis & Banyak Isi, Confirm Tak Menyesal Ikut Tip Ini!

CARA PILIH BUAH OREN MANIS

buah oren

Berikut merupakan tip memilih buah oren yang manis dan tidak masam:

  1. Tengok betul-betul buah yang dipilih. Perhatikan bentuk, warna dan permukaan kulitnya. Elok pilih buah yang nampak segar, tak kusam dan kulit tak terlalu tebal.
  2. Picit perlahan buah oren. Tekstur buah perlu sederhana iaitu tak terlalu lembik dan tak terlalu keras. Kalau ada tanda busuk atau ada kesan lebam, elakkan.
  3. Periksa bahagian bawah buah. Cari buah yang bahagian bawahnya ada lekuk ke dalam, macam ada ‘mata’.
  4. Kalau bahagian bawah berlubang atau nampak tak rata, itu biasanya petanda buah lebih manis dan kurang biji.
  5. Elakkan buah yang bawahnya terlalu rata dan licin. Buah seperti ini selalunya lebih masam dan kurang jus.

Sumber: Fara Orked Dedek

Baca juga: Cara Pilih Buah Betik, Perhatikan 3 Benda Ini Supaya Tak Tersalah Beli

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN