Categories: Resipi

Cara Buat Kuih Sekaya Telur Pantai Timur, Lemak Manis & Sukar Ditemui Selain Bulan Puasa

Kuih Sekaya Telur ialah kuih sekaya tradisional popular di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia terkenal dengan rasa lemak manis, tekstur lembut serta biasanya sukar ditemui kecuali pada bulan Ramadan.

Resipi Kuih Sekaya Telur ini dikongsikan oleh Norimah Abd Rahman di Facebook dan mudah diikuti untuk hasil yang sedap dan menjadi. Jom kita lihat resipi lengkap beserta tip supaya sekaya telur anda cantik dan sedap seperti yang asli.

Baca juga: Kuih Limas Perak Paling Asli, Nak Hasil Lembut Bergedik Pakai Resipi Ini

RESIPI KUIH SEKAYA TELUR

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur gred B atau C
  • 1 kerek nisang / 1 ketul gula melaka
  • ½ cawan gula pasir
  • 1½ cawan santan pekat
  • Secubit garam
  • Sedikit esen vanilla

Cara-cara penyediaan:

1. Potong kecil-kecil nisang atau gula melaka, kemudian kisar bersama santan dan gula pasir sehingga larut sepenuhnya.

2. Masukkan telur ke dalam campuran tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Jangan pukul telur, hanya kacau secara perlahan untuk elakkan tekstur berlubang.

3. Masukkan secubit garam dan sedikit esen vanilla. Kacau rata.

4. Tapis adunan dan tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.

5. Kukus selama 25–30 minit atau sehingga masak. Untuk pastikan ia masak, cucuk dengan lidi – jika tidak melekat, bermakna sudah siap.

6. Sejukkan sekaya telur seketika dan simpan di dalam peti ais. Sekaya telur lebih sedap dimakan ketika sejuk.

Cara alternatif kuih sekaya telur (tanpa esen vanilla):

1. Masak gula pasir, nisang, sedikit air dan 2 helai daun pandan sehingga gula larut dan beraroma.

2. Tutup api dan biarkan campuran gula sejuk sepenuhnya.

3. Setelah sejuk, masukkan santan, secubit garam dan telur.

4. Kacau perlahan-lahan hingga sebati, tapis dan tuang ke dalam loyang.

5. Kukus sehingga masak seperti cara di atas.

*Nota: Cara ini tidak memerlukan esen vanilla kerana daun pandan sudah memberi aroma wangi semula jadi.

Tips penting supaya kuih sekaya telur menjadi cantik:

  • Gunakan telur suhu bilik untuk hasil lebih sekata.
  • Kacau perlahan sahaja bagi mengelakkan buih udara.
  • Tapis adunan untuk tekstur yang lebih halus.
  • Pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mula mengukus.

Kuih Sekaya Telur sangat digemari ketika berbuka puasa kerana rasanya yang lemak manis dan mengenyangkan. Ia juga tahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk, menjadikannya pilihan sesuai untuk dibuat awal.

Selamat mencuba!

Sumber: Norimah Abd Rahman

Baca juga: Kuih Pulut Sekaya ‘Lejen’, Resipi Orang Lama Ini Ada Petua Bagi Berlemak Elok

Aimi

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

12 hours ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

14 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

15 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

16 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

19 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

19 hours ago