Menurut sumber portal Malaysia Gazette, harga santan dan kelapa di negara ini dijangka akan naik menjelang bulan Ramadan disebabkan bekalan yang tidak menentu dan juga penetapan harga oleh pembekal.
Baca juga: “Terkedu Tengok Harga..” – Nasi Lemak Bernilai RM410 Ini Buat Netizen Tergamam!
Peniaga kelapa, Johari Mamat, berkata harga kelapa kini meningkat lebih 50% iaitu RM2.80 sebiji berbanding RM1.80 pada September lalu. Beliau yang berniaga di Pasar Selayang menjelaskan bahawa 20 tahun lalu, kelapa tempatan mudah diperoleh dengan harga hanya RM0.60 sebiji.
Namun, kini bekalan kelapa semakin berkurang dan kebanyakan yang ada diimport dari Indonesia. Pembekal juga menaikkan harga akibat kos penghantaran yang tinggi.
Johari menambah, pelanggan lebih gemar kelapa tempatan kerana kualitinya yang lebih segar, muda dan lemak, berbanding kelapa Indonesia yang isinya nipis dan keras. Jika bekalan terus berkurang, harga dijangka terus naik terutama menjelang Ramadan dan perayaan.
Peniaga nasi lemak, Nursyafiqa Mohd Sahrie, turut terkesan dengan kenaikan harga santan dan kelapa. Walaupun harga santan naik kepada RM14 sekilogram, beliau masih mengekalkan harga nasi lemak pada RM2.50 sebungkus. Namun, beliau terpaksa mengurangkan kuantiti jualan kerana kelapa parut sukar didapati.
Sementara itu, peniaga air kelapa muda, Adham Muhammad Sharif, juga terkesan dengan kekurangan bekalan kelapa, yang semakin sukar didapati sejak PKP 2021. Beliau mengambil kelapa dari Bagan Datuk dan menjualnya pada harga RM5 hingga RM6 setiap jag, mengikut harga pembekal.
Sumber: MalaysiaGazette
Baca juga: Hanya Petik Buah Durian, Lelaki Ini Dedah Raih Pendapatan RM9,227 Sebulan!
Serbuk roti atau bread crumbs bahan yang sering digunakan dalam banyak resipi, terutamanya untuk lapisan…
Semua orang pasti pernah hadapi masalah nasi jelantah iaitu mentah atau kurang masak. Oleh itu,…
Nak buat puding cantik dan terbentuk elok bukanlah mudah, tapi tak mustahil jika tahu caranya.…
Cara perap ayam bakar yang sedap ada tekniknya. Jika ingin gunakan dalam sandwic, wrap, atau…
Resepi ikan cencaru sumbat ini ada peminatnya! Bila makan sedap tak terkata, tak perlu lauk…
Chopper dan blender merupakan antara peralatan yang wajib ada di dapur. Namun, anda perlu tahu…