Pernah tak anda rasa keliru bila masuk pasar raya dan tengok banyak sangat jenis jenis kicap, tapi tak tahu nak pilih yang mana?
Walaupun nampak sama, setiap jenis kicap ada rasa dan tekstur yang berbeza dan cara kegunaannya tak sama untuk setiap masakan.
Jadi, hari ini kami nak kongsi sedikit info tentang jenis-jenis kicap dan cara kegunaan dalam masakan seharian. Jom kita baca dengan lebih lanjut.
Baca juga: Rugi Kalau Kupas! Ini 5 Jenis Sayur Yang Lebih Baik Dimakan Dengan Kulitnya
1. Kicap Masin (soy sauce/light soy sauce)
Kicap masin adalah jenis kicap yang lebih cair dan kurang manis berbanding kicap manis. Warnanya juga lebih gelap dan ada rasa masin yang kuat. Kicap ini dibuat dari kacang soya yang diperam bersama garam, kemudian disaring untuk dapatkan cecair yang jernih kecoklatan.
Kicap masin sangat sesuai digunakan dalam masakan jenis tumis dan stir-fry, seperti mi goreng mamak, kuetiau goreng atau dalam sup untuk memberikan rasa masin yang cukup.
Anda juga boleh menambah sedikit kicap masin dalam sup ayam atau sup sayur untuk memberikan rasa yang lebih “kick”. Oleh kerana kicap masin ini agak masin, lebih baik menambahnya sedikit-sedikit agar masakan tidak terlalu masin.
Antara contoh masakan yang sesuai menggunakan kicap masin adalah sayur campur goreng, mi goreng basah dan sup ayam ringkas.
2. Kicap Karamel (kicap manis/thick soy sauce/sweet soy sauce)
Kicap karamel atau kicap manis ini lebih pekat dan manis berbanding kicap masin. Kadang-kadang ia sedikit melekit kerana proses pembuatannya ada tambahan gula atau molases (karamel).
Warnanya juga lebih gelap, hampir hitam dan di sesetengah tempat di Malaysia, kicap ini dikenali sebagai “kicap karamel” kerana rasa dan teksturnya.
Kicap ini paling sedap digunakan dalam masakan seperti ayam masak kicap, daging masak kicap atau hanya untuk cicah dengan nasi panas dan telur goreng.
Ia juga sangat sesuai untuk perapan ayam atau daging, memberi rasa manis yang seimbang dengan rempah-rempah dalam masakan. Selain itu, kicap karamel boleh dijadikan sos pencicah yang mudah untuk cucur udang atau cucur ikan bilis.
3. Kicap Lemak Manis
Kicap lemak manis, yang kadang-kadang dikenali sebagai ‘kicap kipas udang’, merupakan gabungan kicap manis yang tidak terlalu pekat dengan rasa ‘lemak’ dan manis yang seimbang.
Kicap ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak suka kicap yang terlalu masin tetapi masih mahu menikmati rasa soya yang ada sedikit rasa manis.
Jenis kicap ini boleh digunakan seperti kicap biasa, tetapi ia ada rasa yang lebih ‘lemak’ berbanding kicap manis yang biasa.
Ia juga sedap dijadikan sos pencicah dengan cili padi atau bawang hiris, terutamanya untuk makan dengan sup tulang. Kalau nak cepat, tuang saja atas nasi panas bersama taburan bawang goreng, simple tapi sedap!
Antara masakan yang boleh menggunakan kicap lemak manis adalah telur dadar campur bawang (dengan titisan kicap lemak manis), ayam kicap bersayur dan sambal kicap johor (untuk rasa yang lebih berlemak).
4. Kicap Cair/Kicap Putih
Kicap putih, walaupun namanya “putih”, sebenarnya tidak betul-betul berwarna putih. Ia lebih jernih berbanding kicap masin biasa dan rasanya tidak terlalu masin. Teksturnya cair dan warnanya pula perang muda, memberikan rasa yang lebih ringan.
Kicap putih sering digunakan dalam masakan Cina seperti ayam hainan atau sup-sup jernih. Selain itu, ia juga boleh menggantikan garam dalam masakan tumis sayur ala Chinese style untuk memberi rasa yang lebih sedap tanpa mengubah warna masakan.
Antara contoh masakan yang sesuai menggunakan kicap putih termasuk tumis sawi putih dengan udang, ayam hainan dan sup ikan merah, untuk memberikan rasa soya yang lebih ringan.
5. Kicap Berempah
Kicap ini ditambah dengan pelbagai rempah seperti bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan halia. Rasanya ada campuran manis, masin serta aroma rempah yang kuat. Walaupun kicap ini agak pekat, ia tidak semanis kicap manis biasa.
Kicap berempah sangat sesuai untuk masakan yang memerlukan gabungan rasa kicap dan rempah, seperti daging kicap berempah atau ayam kicap berempah.
Selain itu, ia juga boleh dilumur pada ayam sebelum dipanggang atau dibakar dalam ketuhar, memberikan aroma yang sangat menggoda.
Antara contoh masakan yang menggunakan kicap berempah adalah ayam kicap berempah, daging masak kicap ala kenduri dan perapan kambing kicap.
Sumber: Resepi Che Nom
Baca juga: Jenis-Jenis Ikan Yang Sedap & Sesuai Dijadikan Gulai, No. 7 Paling Ramai Suka!
Daun rosemary bukan sahaja terkenal sebagai herba yang menaikkan aroma dalam masakan, malah ramai turut…
Ada macam-macam jenis cekodok yang boleh dibuat, tapi cekodok tepung kosong tetap menjadi pilihan ramai…
Petua sotong tak kecut selepas dimasak memang ramai cari, terutama bila masak hidangan seperti sambal…
Ayam sos tiram Thai antara menu yang disukai ramai kerana rasanya cukup lengkap dari masin,…
Kalau sedang mencari resepi pancake baby yang mudah, gebu dan sedap, inilah resipi yang wajib…
Bawang putih goreng rangup ini ramai yang suka simpan di dapur kerana boleh menaikkan rasa…