Categories: Tips & Petua

Nasi Mentah Jangan Dibuang, Rupanya Boleh Diselamatkan Dengan 5 Petua Ini

Semua orang pasti pernah hadapi masalah nasi jelantah iaitu mentah atau kurang masak. Oleh itu, anda perlu tahu petua nasi mentah supaya ia menjadi gebu dan sedap dimakan.

Jangan terus buang nasi mentah kerana anda boleh gunakan beberapa petua menarik ini untuk selamatkannya dan taklah membazir nanti. Jom kita tengok petuanya!

Baca juga: Cara Lembutkan Nasi Keras Dan Kering, Puas Hati Bila Tengok Hasilnya

5 PETUA NASI MENTAH JADI MASAK DENGAN ELOK

1. Gunakan daun pisang atau plastik yang bersih.

Beruntungnya jika anda mudah dapatkan daun pisang di sekeliling kawasan rumah kerana ia sangat berguna untuk selamatkan nasi yang mentah di dapur.

Selain itu, ia juga dapat menambahkan aroma nasi yang menaikkan selera. Jika tiada daun pisang, anda boleh gantikan dengan plastik yang bersih saja.

Caranya, letakkan daun pisang atau plastik di atas nasi yang mentah dan pastikan ia menutup semua bahagian nasi. Selepas itu, tutup periuk dan masak semula nasi sampailah ia masak.

2. Letak mangkuk berisi air panas di bahagian tengah nasi dalam periuk.

Jika tiada daun pisang atau plastik di rumah, jangan risau kerana anda boleh pakai petua seterusnya dengan menggunakan mangkuk dan air panas saja.

Caranya, ambil mangkuk kecil dan isikan air panas. Kemudian, buat lubang mengikut saiz mangkuk pada bahagian tengah-tengah nasi dan letakkan mangkuk di dalam periuk nasi.

Seterusnya, tutup periuk dan masak semula nasi di atas api yang perlahan sehingga betul-betul masak.

3. Tambahkan sedikit air garam ke dalam nasi yang mentah.

Sesetengah orang lebih suka petua yang menggunakan air garam ini untuk selamatkan nasi mentah kerana lebih mudah. Namun, ia agak berisiko kerana takut-takut termasin nasinya.

Caranya, masukkan sedikit air yang sudah bercampur garam di bahagian atas nasi. Selepas itu, panaskan semula periuk selama lima minit atau sehingga wap naik.

4. Masukkan setengah cawan air pada nasi yang mentah.

Petua ini juga sangat mudah dan ramai suka pakai, cuma kena pandai agak-agak tentang jumlah air yang nak digunakan supaya nasi mentah jadi masak.

Caranya, campurkan setengah cawan air pada nasi yang mentah. Kemudian, letakkan penutup periuk nasi dan tekan suis. Seterusnya, biarkan seketika sampai naik bau nasi yang wangi.

5. Guna microwave bersama tisu.

Jika mempunyai microwave di rumah, kami cadangkan anda gunakan petua terakhir ini untuk menyelamatkan nasi yang mentah supaya dimasak dengan elok.

Caranya, letakkan nasi yang mentah dalam bekas khas yang sesuai digunakan dalam microwave. Kemudian, basahkan sedikit dua helai tisu kertas dan tekapkan atas nasi.

Seterusnya, masukkan nasi dalam microwave selama dua minit, keluarkan nasi dan buang tisu di atasnya.

Setelah masak nasi dan didapati nasi mentah, perkara paling penting adalah pastikan jangan gaul nasi itu kerana biasanya yang mentah hanya melibatkan bahagian atas. Jika digaul, maka seluruh nasi akan terasa mentah.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Foto oleh freepik dari Freepik

Sumber: PnSyuhaida

Baca juga: Cara Nak Masak Nasi Guna Beras Biasa, Hasil Sebiji-Sebiji Macam Pakai Beras Mahal

Aimi

Recent Posts

Resipi Mi Hailam Penuh Lauk & Kuah Pekat, Sekali Hidang Terus Semua Nak Cedok!

Resipi mee hailam sedap ini sesuai untuk makan malam kerana menggabungkan mi kuning dengan ayam,…

2 hours ago

12 Makanan Warna Hitam Yang Rupanya Penuh Nutrisi, Jangan Pandang Sebelah Mata!

Bila sebut pasal makanan sihat, mesti ramai antara kita terbayang pinggan yang penuh dengan sayur-sayuran…

2 hours ago

Resipi Sweet Potato Balls, Bila Gigit Rangup Di Luar & Lembut Kenyal Di Dalam

Kalau pernah beli sweet potato balls masa jalan-jalan di Cameron Highlands, mesti tahu jajan ini…

4 hours ago

Bawang Kisar Tahan Lama, Ini 7 Petua Mudah Supaya Tak Cepat Berair & Rosak

Nak kerja memasak jadi lebih cepat? Buat stok bawang kisar tahan lama boleh jadi cara…

5 hours ago

Tak Sangka Baked Milk Custard Semudah Ini Nak Buat, Lembut & Cair Dalam Mulut!

Baked milk custard antara pencuci mulut yang menarik perhatian kerana teksturnya yang lembut, gebu dan…

5 hours ago

Resipi Telur Dadar Goreng Crispy, Rangup Macam Kulit Ayam Pasar Malam

Telur dadar goreng ini memang lain daripada telur dadar biasa. Telur dibuat nipis dan garing…

6 hours ago